KUALA LUMPUR: Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik melalui Kempen Tanpa Beg Plastik seperti yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini berkata kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu.
Beliau berkata persetujuan untuk meneruskan pelaksanaan kempen tersebut dicapai dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar (MEXCOE), dipengerusikannya hari ini.
"Beberapa negeri lain sedang dalam perancangan untuk mula melaksanakan kempen ini berserta dengan kutipan caj tersebut, bermula dengan fasa awal iaitu kesedaran pengguna.
"Inisiatif yang telah dilaksanakan sejak 2021 ini merupakan satu usaha yang berkesan dalam mengurangkan pencemaran plastik di Malaysia. Saya berharap inisiatif ini akan terus disokong oleh semua pihak demi kelestarian alam sekitar yang menjadi tanggungjawab kita bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memperkasakan program Rakan Alam Sekitar (RAS) dengan mewujudkan lima kluster utama di bawah RAS 2.0 bagi menggerakkan aktiviti melestarikan alam sekitar di seluruh negara secara lebih fokus.
Menurutnya, kewujudan Kluster RAS Agensi, Kluster RAS Kampus, Kluster RAS Sekolah, Kluster RAS Industri dan Kluster RAS Komuniti adalah bertujuan membentuk dan mengkategorikan ahli-ahli RAS dan akan melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Pengakap serta Rukun Tetangga.
Tuan Ibrahim berkata mesyuarat berkenaan juga bersetuju untuk mengeratkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan dapat diseimbangkan dengan keperluan pelestarian alam sekitar.
Mesyuarat berkenaan turut memaklumkan bahawa program Sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat kebangsaan akan diadakan pada 21 Oktober tahun ini di Pahang.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata mesyuarat MEXCOE itu bakal diperkasakan dengan penyusunan semula keahlian mesyuarat itu serta penambahan ahli terutamanya dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan berkata kementeriannya telah mendapat mandat daripada mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan ke-76 untuk mengenakan caj pencemaran itu. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Semua negeri setuju laksana kempen tanpa beg plastik - Tuan Ibrahim
Semua kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Caj Pencemaran Plastik dengan nilai minimum 20 sen bagi setiap helai beg plastik.