HANOI: Pemain boling muda negara gagal mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki pada hari pertama tenpin boling di Heroworld Bowling Center, Vincom Megamall Royal City, pada Isnin.
Sharukh Amin Zulkifli dan Mohd Syazirol Shamsudin yang mewakili negara di Sukan SEA buat kali pertama hanya menduduki tempat ketujuh dan kelapan dengan masing-masing hanya melakukan 1,199 dan 1,187 jatuhan pin.
Matheiu Merwin Tan dari Filipina menang pingat emas, manakala pemain Thailand Yannaphon Larpapharat (1,286) dan Ryan Leonard Lalisang dari Indonesia (1,221) menang perak dan gangsa.
Walaupun bermula dengan baik dan melakukan 244 jatuhan pin pada permainan pertama, Shahrukh Amin gagal mengejar semula lawannya, selepas hanya menjatuhkan 117 jatuhan pin pada permainan keempat.
"Saya perlu melakukan perubahan yang cepat kerana pertukaran lorong yang agak cepat. Saya ambil ini sebagai proses belajar dan fokus untuk melakukan yang terbaik dalam dua lagi acara (beregu dan pasukan) selepas ini," katanya dengan nada kecewa.
Pada edisi 2015 di Singapura dan 2017 di Kuala Lumpur, Rafiq Ismail memenangi emas perseorangan lelaki, manakala Timmy Tan Chye Chern memenanginya di Sukan SEA Failipina 2019.
Sementara itu pada acara perseorangan wanita, Nerosha Keligit (1,249) dan Gillian Lim Siew Geok (1136), masing-masing hanya menduduki tempat kelima dan keenam.
Juara edisi 2017 Cherie Tan Shi Hua yang melakukan 1,442 jatuhan pin mengalahkan juara dan rakan senegara New Hui Fen (1,319) yang hanya mendapat pingat gangsa, manakala Marie Alexis Sy (1,320) menang perak.
Nerosha berkata beliau berharap untuk memperbaiki prestasinya pada acara selanjutnya selepas belajar bagaimana untuk membuat perubahan dengan lebih cepat pada pertukaran lorong serta untuk lebih bersedia.
Hari ini akan berlangsung acara beregu lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
Shahrukh Amin beraksi dalam acara perseorangan lelaki pada Sukan SEA ke-31, di Vincom Mega Mall, Hanoi, 16 Mei 2022. --fotoBERNAMA
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.