TAWAU: Peristiwa serangan berdarah yang berlaku di Kalabakan pada 29 Disember 1963 meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat negeri Sabah khasnya kepada setiap pejuang yang terlibat langsung dalam kejadian tersebut.
Seorang bekas pejuang yang terlibat langsung dalam peristiwa itu mengongsikan pengalaman pahit yang dilaluinya ketika itu.
Mail@Gading Malonti, anak jati Tawau, dilahirkan pada 24 oktober 1941, mula menyertai pasukan Polis Hutan dan menjalani latihan kepolisan di Pusat Latihan Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum dihantar bertugas di Bukit Siol, Sarawak pada Jun 1962.
Pada 25 Disember 1963, Mail ditugaskan di kawasan Kalabakan, di bawah unit Askar Melayu sebagai penunjuk jalan berikutan kepakarannya memahami dan mengetahui bentuk muka bumi dan geografi bahagian pantai timur Sabah, khasnya di Kalabakan.
Beberapa hari selepas dia tiba di Kalabakan, pada petang 29 Disember 1963, sebelum kejadian serangan, dia dipanggil oleh Mejar Zainol Abidin Yaacob ke kediamannya tidak berapa jauh dari Balai Polis Kalabakan ketika itu, untuk diberi taklimat.
"Sebelum jam 6 petang, saya dipanggil oleh Allayarham Mejar Zainol Abidin, kemudian dia bagi taklimat mahu ke Serudung membawa Askar Melayu.
"Pada masa itu azan terdengar, menurut keterangan imam masjid, baru dua rakaat berlaku kejadian tembak menembak itu," katanya.
Dikejutkan dengan bunyi tembakan itu, dirinya bersama Mejar Zainol dan Lans Koperal Ismail Mat bergegas ke lokasi serangan iaitu di Balai Polis Kalabakan untuk memberikan bantuan.
"Masa itu Lans Koperal Ismail, Mejar Zainol dan saya berjalan menuju ke lokasi tembakan dan kami terus terkena tembakan menyebabkan dua maut iaitu Mejar Zainol dan Lans Koperal Ismail.
"Ketika itu saya teringat apa yang dipelajari ketika seorang rekrut berkenaan keselamatan, jadi saya baring dan bergolek sehingga sampai ke kubu untuk menyelamatkan diri," katanya.
Susulan serangan itu, lapan anggota keselamatan didapati gugur dalam kejadian berkenaan.
"Jadi malam itu sebenarnya lapan orang gugur, keesokan harinya kami ditugaskan di kubu untuk mengawal jenazah tersebut sebelum dibawa ke Tawau pada keesokan harinya," katanya.
Peristiwa Kalabakan berlaku apabila Tentera Nasional Indonesia (TNI) menyerang berek pos kawalan tentera dan balai polis di Kalabakan, yang mengorbankan lapan anggota tentera dan mencederakan 18 lagi, ketika waktu Isyak pada 29 Disember 1963.
Menurut Mail, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota Polis Hutan sehingga dia bersara pada tahun 1981.
Katanya walaupun dia kini sudah berumur 80 tahun, namun demi mempertahankan kedaulatan negara dia masih mampu untuk mengangkat senjata sekiranya diperlukan.
Walaupun dirinya merupakan pejuang yang tidak didendang dan tidak pernah menerima sebarang pingat namun semangat yang dimiliki amat tinggi demi mempertahankan kedaulatan negara dan negeri Sabah khasnya.
"Sebenarnya bagi diri saya ini, walaupun begini, umur pun sudah melebihi, kalau ada pihak minta bantu dengan tenaga, sekalipun dengan tenaga, saya masih boleh lagi," katanya.
Bagi menerapkan sikap patriotik dan sayangkan negara khasnya kepada golongan muda kini, Mail berpesan jangan lalai dengan kemudahan yang terdapat ketika ini.
"Tidak perlu bertanya kepada sesiapa, tanya kepada mata kamu sendiri, tengok askar itu apa maksudnya, polis itu apa maksudnya, itu untuk menerangi jiwa kita macam mana kecintaan kita kepada negara.
"Jadi saya bilang, jangan kamu lalai main permainan video, itu semua tidak berguna," katanya.
Setiap tahun juga pada 16 September, iaitu pada Hari Malaysia, Mail akan melawat tugu peringatan yang ada di Kalabakan, bagi mengenang kembali peristiwa yang meragut nyawa lapan rakan setugasnya dalam peristiwa serangan berdarah Kalabakan.
Petrus Bernard
Thu Sep 16 2021
Setiap tahun juga pada 16 September, Mail akan melawat tugu peringatan bagi mengenang kembali peristiwa yang meragut nyawa lapan rakan setugasnya. - Astro AWANI
#AWANIRingkas 12 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Januari 2025
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
1️⃣ Lima daerah terjejas, 36 PPS dibuka
2️⃣ 130 pelatih sukarela lapor diri
3️⃣ Kementerian jawab pesawah
#awaniringkas
Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang.
Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian
Mangsa menyedari telah ditipu apabila sehingga kini belum menerima komisen seperti dijanjikan.
Elak ketagih, China hadkan kanak-kanak layan permainan video hanya 15 jam sebulan
Tencent dan NetEase mula kenakan had kepada yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sekolah.
Murid dihukum belajar atas lantai kerana tak bayar yuran sekolah
MA 'dihukum' oleh guru kelasnya kerana mempunyai tunggakan yuran sekolah selama tiga bulan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Perkembangan banjir di empat negeri
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula hari ini
Perkembangan banjir di empat negeri
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula hari ini
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Biden sampai ucapan perpisahan dari Oval Office Rabu depan
Pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.
Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.
"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.