Langkah ini diambil oleh China dalam mengelak kanak-kanak menjadi ketagih dengan dunia permainan video.
Selari langkah ini, Tencent dan NetEase di China telah mula mengimplementasi had kepada mereka yang berumur bawah 18 tahun, untuk bermain maksima hanya 15 jam ketika cuti sebulan bermula 13 Januari 2025 sehingga 13 Februari 2025 kelak.
Untuk makluman, China sedia mengehadkan kanak-kanak hanya boleh bermain permainan video terhad sejam sahaja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sejak Ogos 2021 bagi mengelak mereka menjadi ketagih.
Setakat ini tiada had dikenakan untuk penggunaan aplikasi lain seperti TikTok di China.
Namun, terdapat sejumlah kandungan yang dihadkan kepada pengguna muda, terutamanya dalam memupuk minat terhadap sains dan inovasi.