Mangsa yang maut dikenali sebagai Lee Choy Yeow, 49, Leong Kon Fatt, 72, dan Lee Fook Wan yang umur tidak dapat dipastikan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Shawaluddin Ami Nordin berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.40 petang, semalam.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke tempat kejadian berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan terbabas dan masuk ke kolam takungan banjir.
"Terdapat tiga mangsa terlibat yang mana seorang mangsa telah ditemui dan dua lagi masih hilang ketika itu. PKO membuat kaedah mencari dipermukaan di sekitar kawasan.
"Manakala operasi selamatan dilakukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dengan menggunakan kaerah 'sweeper' dan 'focus point'.
"Mangsa kedua ditemui lebih kurang jam 11.10 malam dan mangsa ketiga dijumpai satu jam kemudian oleh pasukan PPDA,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Shawaluddin berkata, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada jam 12.40 tengah malam.