Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk mempercepat projek terkait rakyat yang memerlukan keseragaman dari segi kerjasama lebih hebat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
"Antaranya projek tebatan banjir, sekolah, kesihatan, masjid dan perumahan rakyat yang turut memerlukan kerjasama dengan pihak swasta dan pihak berkuasa tempatan dalam menjayakannya," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menitipkan pesanan berkenaan sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
-- BERNAMA
