Menurut media tempatan pada Jumaat, ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.
Imej yang tular di media sosial juga menunjukkan ibu-ibu yang baru melahirkan terpaksa melarikan diri bersama bayi mereka dari sebuah hospital yang dinaiki air.
Beberapa buah kenderaan juga berada dalam keadaan terperangkap.
Ahli meteorologi memberi amaran mengenai satu lagi ribut yang dijangka melanda pada Sabtu.
Pihak berkuasa mengesahkan kematian seorang wanita di sebuah persimpangan lebuh raya dan tidak menolak kemungkinan jumlah korban akan meningkat.
Lima lagi kematian turut dilaporkan apabila hujan lebat menyebabkan kenderaan dihanyutkan arus, pokok tumbang, serta ratusan penduduk terputus bekalan elektrik.
Kedua-dua bandar itu terletak dalam wilayah Buenos Aires, kira-kira 600 kilometer dari ibu negara.
Kerajaan persekutuan dan wilayah telah mengumumkan operasi menyelamat bagi membantu mangsa selepas lebih 200 milimeter hujan turun dalam tempoh beberapa jam.
Pihak berkuasa turut menutup lapangan terbang tempatan, sementara beberapa jalan menuju ke bandar tersebut mengalami kerosakan teruk.
