SADA, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook, memaklumkan bahawa henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang tadi sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Senarai kawasan yang terjejas akibat kejadian itu boleh diperoleh daripada laman sosial Facebook SADA.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi II Bakar Saad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.11 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
"Kebakaran berlaku di LRA Bukit Pinang, dan setibanya di lokasi, didapati kebakaran berlaku pada kotak agihan bekalan elektrik (DB Box), manakala bekalan elektrik telah dipotong oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.
-- BERNAMA
