Kempen menampilkan ikon kegemaran kanak-kanak, Didi & Friends, bersama duta Astro Fibre, Kakak Kencang Hawa Rizwana.
Bagi menceriakan kempen terbaharu Astro Fibre ini, sebuah lagu sing-along khas turut dilancarkan.
Lagu ini mengajar kepentingan rangkaian WiFi yang pantas dan stabil di rumah untuk strim hiburan kegemaran dan kegunaan seisi keluarga.
Pelanggan Astro sedia ada boleh mendapatkan tawaran eksklusif WiFi Kencang 500Mbps ini pada harga RM90 sahaja, bukan sahaja dapat jimat melebihi RM2,000 tetapi seisi keluarga juga boleh menggunakan WiFi pada pelbagai peranti tanpa gangguan.
Astro Fibre turut disertakan dengan aplikasi Astro Fibre, di mana pengguna boleh memantau prestasi rangkaian WiFi, mengawal penggunaan WiFi anak-anak, dan yang menarik, berkongsi WiFi dengan tetamu hanya dengan mengimbas kod QR - mudah dan sangat berguna.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari astro.com.my/fibre atau menerusi WhatsApp “HI” ke 03-9543 3838.
