KUALA LUMPUR: WiFi kencang, bisnes senang! Hanya dari serendah RM6.64 sehari, anda selaku pemilik perniagaan kini boleh menikmati internet dengan kelajuan WiFi ultra pantas serta tanpa gangguan menerusi langganan Astro BIZFibre.

Memandangkan perniagaan kini menjadi lebih global dan berdaya saing, adalah penting bagi semua usahawan sehingga syarikat besar untuk mempunyai akses lebih baik kepada sambungan lebih pantas dan dipercayai.

Berita baik kepada anda, Astro BIZFibre hadir dengan tawaran berbaloi-baloi!

Terdapat tiga pelan tersedia secara asas kendiri (standalone basis) yang boleh disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda, iaitu internet dengan kelajuan 800Mbps pada harga RM299 sebulan (hanya RM10 sehari), 500Mbps (RM239 atau RM8 sehari), dan 300Mbps (RM199 atau RM6.64 sehari).

Pakej ini pastinya memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan perniagaan anda menerusi pelbagai pakej rancangan Astro menarik termasuk sukan secara siaran langsung, rancangan-rancangan televisyen terbesar, filem-filem blokbuster, dan berita terkini.

Dikuasakan dengan Astro Fibre, pelanggan bakal menerima penghala WiFi-6 serta WiFi Mesh secara percuma selain pilihan bagi fiber internet tambahan iaitu sebanyak 300Mbps atau 100Mbps.

Pemilik perniagaan kini lebih berasa tenang apabila mengetahui bahawa mereka melanggan pakej komersial TV yang sah dengan menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Mengikut perbandingan harga, Astro BIZFibre menawarkan nilai pakej lebih rendah berbanding penyedia perkhidmatan internet lain yang ada di pasaran.

Pakej terbaharu ini juga sememangnya terbaik yang mana anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM5,700 setiap tahun dan tidak perlu pening kepala kerana ia akan disertakan dalam satu bil serta perkhidmatan pelanggan yang sama.

Menerusi pakej ini, sebanyak 85 saluran tempatan serta antarabangsa tersedia dengan kelajuan internet sehingga 800Mbps.

Ia sekali gus memberi pilihan tanpa kerisauan kepada peniaga untuk mendapatkan tawaran sambungan dan penyelesaian hiburan dengan WiFi bertaraf dunia serta kandungan menarik yang sah.

Menerusi perkhidmatan ini, para pemilik perniagaan akan berasa tenang apabila mengetahui bahawa mereka melanggan pakej komersial TV yang sah dengan menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan mereka.

Malah, Astro menerusi BIZfibre juga menawarkan Pek VIP dengan 59 saluran dan Pek Plus VIP dengan 70 saluran.

Pek VIP disertakan dengan semua pas sukan VIP seperti Piala Dunia juga sukan secara siaran langsung lain yang menarik termasuk Liga Eropah.

Sila layari business.astro.com.my untuk mendaftar atau hubungi di 03-9544 7566 bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.