Agensi berita Sputnik/Ria Novosti memetik kenyataan itu melaporkan, pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam waktu tempatan, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Oval Office.
Pilihan raya presiden AS berlangsung pada 5 November lalu, menyaksikan calon Republikan, Donald Trump, yang pernah memegang jawatan Presiden dari 2017 hingga 2021, diisytiharkan sebagai pemenang.
Calon Demokrat, Kamala Harris, mengakui kekalahan selepas tewas.
Badan perwakilan pemilih mengundi mengikut kehendak pengundi pada 17 Disember 2024, manakala Kongres baharu meluluskan keputusan undian pada 6 Januari lalu.
Majlis angkat sumpah presiden akan berlangsung pada 20 Januari dan selepas itu Trump akan menjadi presiden ke-47 AS.