Pakej bantuan terbaharu itu merangkumi sistem antidron, peluru untuk pelancar roket HIMARS dan kenderaan berperisai.
“Amerika Syarikat bersama lebih 50 negara lain berdiri teguh memastikan Ukraine memiliki keupayaan yang diperlukan untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan Rusia,” menurut kenyataan itu.
Hanya beberapa hari lalu, kerajaan AS mengumumkan bantuan bernilai kira-kira US$988 juta.
Ketika tempoh jawatan Presiden Joe Biden hampir tamat, kebimbangan kian memuncak di Ukraine mengenai kemungkinan perubahan dalam dasar AS.
Presiden terpilih Donald Trump yang dijadual mengangkat sumpah pada 20 Jan, mungkin mengurangkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine secara drastik yang boleh melemahkan pertahanan Kyiv terhadap Rusia.
Dalam minggu-minggu terakhir pentadbiran Biden, AS sedang berusaha untuk mengagihkan semua dana yang diluluskan oleh Kongres kepada negara itu.
-- BERNAMA