Anugerah itu - penghormatan tertinggi bagi orang awam di Amerika Syarikat - akan diberikan kepada bintang bola sepak Lionel Messi, legenda bola keranjang Earvin "Magic" Johnson, pereka fesyen Ralph Lauren, pelakon Michael J Fox dan Denzel Washington, serta penyayi rock Bono daripada kumpulan U2, menurut kenyataan White House.
Pingat berprestij itu dianugerahkan kepada "individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa kepada kemakmuran, nilai, atau keselamatan Amerika Syarikat, keamanan dunia, atau usaha masyarakat, awam atau swasta yang penting," kata kenyataan itu.
Penerima tahun ini turut merangkumi penyokong pemuliharaan Jane Goodall, dermawan George Soros, ikon fesyen Anna Wintour, dan bekas calon presiden Demokrat Hillary Clinton - rakan separti Biden.
Bekas Presiden Donald Trump dijangka mengambil alih pentadbiran Biden pada 20 Jan.
-- BERNAMA