Antaranya Presiden AS, Joe Biden dan wanita pertama, Jill Biden yang menyifatkan negara kehilangan seorang pemimpin luar biasa.
Biden menyifatkan Carter sebagai seorang sahabat, lelaki berprinsip dan memiliki sifat rendah diri.
Carter membuktikan AS sebuah negara hebat dan memilik rakyat beradab, mulia, berani, penyayang, rendah hati dan kuat.
Presiden terpilih Donald Trump menulis di media sosialnya, cabaran dihadapi Carter ketika menjadi presiden adalah tepat pada waktu.
Tulis Trump, Carter melakukan segala yang termampu memperbaiki kehidupan seluruh rakyat AS dan untuk itu penduduk terhutang budi kepadanya.
Presiden Carter akan dikenang kerana perjuangannya mengatasi masalah ekonomi yang serius dan beberapa cabaran dasar luar, termasuk krisis tebusan Iran.
Selepas meninggalkan White House, beliau menjadi presiden pertama dan satu-satunya yang kembali tinggal sepenuh masa di rumah yang didiaminya sebelum terlibat dalam politik, sebuah rumah berkonsep ladang dengan dua bilik tidur yang sederhana.
Beliau memilih untuk tidak mengejar tawaran ceramah selepas makan malam yang lumayan dan perjanjian penerbitan yang biasanya ditawarkan kepada kebanyakan bekas presiden, dengan memberitahu Washington Post pada 2018 bahawa beliau tidak pernah bermimpi mahu menjadi benar-benar kaya.
Sebaliknya, beliau menghabiskan sisa hidupnya berusaha menangani masalah global ketidaksamaan dan penyakit.
Dalam satu kenyataan lain, bekas Presiden Bill Clinton dan isterinya Hillary Clinton memberitahu, Carter seorang yang rajin dan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk dunia yang lebih baik dan adil
Carter turut dipuji atas usaha kemanusiaan, alam sekitar dan diplomatik berterusan beliau.
Tambah Clinton, Carter menghabiskan seluruh hidup untuk menyantuni rakyat sehingga ke akhir hayatnya.
Sementara itu, bekas Presiden Barack Obama memberi penghormatan atas kesopanan Carter.
Carter mengajar makna hidup dengan penuh rahmat, martabat, keadilan dan berkhidmat.
Bekas Presiden Republikan George W. Bush pula berkata Carter memuliakan jawatan presiden yang mana usaha beliau untuk menjadikan dunia tempat lebih baik tidak berakhir dengan jawatan presiden.
Presiden Biden berkata satu upacara pengebumian negara akan diadakan di Washington DC.