KAMPALA (Uganda): Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama AS melawat benua itu.
Lapan tahun lepas, Barack Obama, presiden kulit hitam AS pertama melawat wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut pegawai pentadbiran AS, lawatan itu merupakan ekspedisi berorientasikan masa depan untuk memperdalam hubungan dan menjadikan Afrika sebagai lokasi pelaburan.
Harris akan mengumumkan komitmen AS untuk melabur dalam inovasi dan kreativiti di seluruh benua itu serta mengumumkan Presiden Joe Biden akan menandatangani perintah eksekutif untuk menubuhkan Majlis Penasihat Presiden mengenai Penglibatan Diaspora Afrika yang bertujuan menyediakan nasihat dan cadangan mengenai kaedah mengukuhkan hubungan antara Afrika dan AS.
"Saya akan ke Afrika khususnya untuk bercakap dengan pemimpin Afrika mengenai kesediaan AS untuk memainkan peranan kami untuk melabur di benua itu," kata Harris dalam satu wawancara dengan stesen radio pada Jumaat.
Harris akan melawat Ghana, Tanzania dan Zambia dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi yang antara lain akan membincangkan mengenai pembangunan ekonomi, perubahan iklim dan keselamatan makanan.
Beliau dijadual tiba di Accra, ibu negeri Ghana pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Harris antara lain akan mengumumkan komitmen AS untuk melabur dalam inovasi dan kreativiti di seluruh benua itu. - Gambar/ AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

“Israel ada hak pertahan diri,” kata Naib Presiden Amerika Syarikat
Kamala Harris berterima kasih kepada United Kingdom kerana turut sama menyokong Israel.

Naib Presiden AS Kamala Harris mulakan lawatan seminggu ke Afrika
Kamala Harris memulakan lawatan seminggu ke Afrika bermula hujung minggu ini.

Penerbangan Kamala Harris ke Vietnam tertangguh susulan 'insiden kesihatan' di Hanoi
Penerbangan Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dari Singapura ke Vietnam susulan satu insiden kesihatan yang tidak dapat dijelaskan di Hanoi.

Naib Presiden AS Kamala Harris dijadual lawat Vietnam, Singapura
Kamala Harris akan mengadakan lawatan ke Vietnam dan Singapura, menurut Rumah Putih.

Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden AS
Harris, 56, diisytiharkan sebagai Naib Presiden AS yang baharu bergandingan dengan Presiden As Ke-46, Joe Biden.

Dewan Perwakilan AS sokong usul singkirkan Trump
Sekiranya didakwa, maka Mike Pence akan memangku jawatan Presiden Amerika Syarikat sebelum diambil alih oleh Joe Biden.

Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis dibuka Mei 2018
Pejabat baharu kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis akan dibuka pada Mei tahun ini selari dengan sambutan ulang tahun ke 70 kemerdekaan Israel.

Gereja Koptik Mesir tolak pertemuan dengan Naib Presiden AS
Gereja Koptik Mesir telah menolak pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence semasa lawatannya lewat bulan ini.