MOSCOW: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pada Jumaat berkata beliau dan isterinya, Michelle menyatakan sokongan mereka kepada Naib Presiden Kamala Harris dalam saingan jawatan Presiden November ini, lapor Sputnik.

"Awal minggu ini, Michelle dan saya menghubungi rakan kami @KamalaHarris.

"Kami memberitahunya bahawa kami percaya beliau akan menjadi presiden Amerika Syarikat yang hebat, dan Naib Presiden mendapat sokongan penuh kami.

"Pada saat genting ini untuk negara kami, kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk memastikan beliau menang pada November.

"Kami berharap anda akan menyertai kami," tulis bekas presiden itu di X.


-- BERNAMA