WASHINGTON: Bintang Titanic, Leonardo DiCaprio berada di Washington pada Isnin untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah politik melibatkan seorang bintang hip-hop tahun 90-an dan ahli perniagaan warga Malaysia dalam buruan.
Prakazrel 'Pras' Michel yang juga pengasas kumpulan Fugees didakwa membantu menyalurkan wang secara rahsia daripada Low Taek Jho atau Jho Low, bertujuan mempengaruhi politik Amerika Syarikat (AS).
Jho Low yang dikatakan melarikan diri ke China dan masih bebas, didakwa menggunakan dana 1MDB untuk berbelanja secara mewah, melabur dalam filem DiCaprio dan berhubungan dengan individu kaya, terkenal dan berpengaruh dalam politik.
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta (RM132 juta) bagi membantu kempen pemilihan semula bekas Presiden Barack Obama pada tahun 2012.
"Dia (Jho Low) menyebutnya secara santai apabila memberitahu mahu menderma kepada Parti Demokrat.
"Dan reaksi balas saya...Wow! Itu wang yang banyak," ujarnya yang memutuskan hubungan dengan Jho Low pada 2015 selepas keraguan timbul berhubung kaitannya dengan kehilangan wang berbilion dolar daripada akaun 1MDB.
Michel pula didakwa menyalurkan wang itu secara rahsia daripada Jho Low kepada kempen pilihan raya Obama menerusi syarikat palsu.
Mengikut undang-undang AS, sumbangan dana untuk kempen politik daripada warga asing adalah satu kesalahan jenayah.
Michel turut didakwa bersetuju terlibat dalam usaha melobi pada 2017 bagi membantu kerajaan China membawa pulang jutawan Guo Wengui yang berada di AS, selain cuba mempengaruhi pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump untuk menangguhkan siasatan ke atas Jho Low.
Michel, 50, mengaku tidak bersalah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 04 2023
DiCaprio memberitahu juri bahawa Jho Low merancang untuk menderma sekitar AS$30 juta (RM132 juta) bagi membantu kempen pemilihan semula bekas Presiden Barack Obama pada tahun 2012. - Foto AP
Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober - DOSM
Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober 2024.
Kerajaan kekal kawal selia vape melalui akta kawalan produk merokok - Dzulkefly
Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Okt lepas.
Polis rampas ganja bernilai hampir RM500,000
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran ganja dengan merampas dadah bernilai RM499,974 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Semenyih pada Jumaat lepas.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.
Kemaman dilanda banjir, dua PPS diaktifkan
Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Bahan api fosil masih jadi sumber tenaga - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata bahan api fosil akan terus menjadi sumber tenaga dan tidak mungkin boleh digantikan dengan sumber tenaga boleh baharu sepenuhnya. Namun, jelasnya langkah peralihan tenaga dan agenda hijau perlu terus dilakukan tanpa henti. #AgendaAWANI
COP29 gesa negara maju beri sumbangan, transformasi tenaga hijau tidak akan berjaya tanpa dana - Pembantu Khas Presiden Azerbaijan
Pembantu Khas dan Ketua Polisi Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Presiden Republik Azerbaijan, Hikmat Hajiyev berkata COP29 kini digelar sebagai COP Pendanaan kerana tumpuan utama yang jelas terhadap keperluan memenuhi komitmen sumbangan kepada dana iklim. Jelasnya, memandangkan tiada sebarang ketetapan berkenaan nilai kutipan diumumkan, maka sebarang sumbangan dengan jumlah signifikan merupakan kejayaan yang perlu diraikan. #AgendaAWANI
Perdana Menteri akan hadir Dewan Rakyat pada 21 November - YDP Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat selepas YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Perdana Menteri akan hadir ke Dewan Rakyat pada hari khamis.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agenda AWANI: COP29 | Belajar daripada Azerbaijan, makna perubahan
Penganjuran #COP29 di Baku, Azerbaijan membuka mata dunia mengenai kemampuan negara itu menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa tersebut. Adakah ia juga secara tidak langsung mengubah persepsi dunia terhadap Azerbaijan secara umumnya? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.