Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa.
“Sebagai respon kepada kenyataan terkini Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai saya... saya dengan tegas menafikannya.
“Tun Mahathir jelas sangat kecewa dan marah terhadap banyak perkara dan individu.
“Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya (Dr Mahathir), beliau menemui kedamaian dalam diri,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perbualan yang didakwa pernah berlaku antara anaknya dan anak Abdullah.
Beliau mendakwa, dalam perbualan tersebut anak Abdullah menyatakan niat mahu mengaut kekayaan dengan menggunakan kedudukan bapanya. - Sinar Harian