KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman berubah fikiran dan bersetuju menerima undangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk berdebat.
Bukan sekadar bersetuju menerima jemputan, bahkan, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok sedia berdebat dengan Menteri Ekonomi itu tanpa sebarang syarat.
Menurut Mohd Syahir, persetujuan itu dibuat setelah beliau mempertimbangkan semula jemputan Rafizi serta mendapat keizinan pucuk pimpinan parti.
"Justeru pemilihan tarikh, moderator, format, dan media, saya serahkan kepada pihak Rafizi untuk tetapkan. Pemilihan tajuk saya cadangkan, "MALAYSIA LEBIH BAIK"," katanya dalam e-mel kepada Rafizi, pada Selasa.
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rashidi Ruslan dalam balasan e-mel kepada Syahir berkata, Rafizi menzahirkan ucapan terima kasih atas persetujuan mengenai debat tersebut.
"Sehubungan itu pentadbiran ini mencadangkan Astro AWANI dilantik sebagai pihak berkecuali bagi menganjurkan debat tersebut.
"Pentadbiran ini mencadangkan agar tarikh debat tersebut diadakan pada Rabu 9 Ogos 2023 atau satu tarikh sebelum Hari Mengundi Pilihan Raya Negeri iaitu sebelum 12 Ogos 2023.
"Perbincangan mengenai ketetapan tarikh serta format debat tersebut akan diuruskan oleh pihak Astro AWANI dan dipersetujui secara bersama kedua-dua pihak," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata, Rafizi turut mengucapkan tahniah kepada Syahir atas penerimaan jemputan bagi menjayakan debat berkenaan.
"Semoga debat tersebut akan dilangsungkan dengan jayanya di dalam meraikan perbezaan pandangan serta idea dan dapat dijadikan sebagai satu wadah di dalam membudayakan kematangan demokrasi di negara ini," ujar Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR itu lagi.
Sebelum ini, Rafizi yang dalam ceramahnya mencabar bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berdebat dengannya mengenai ekonomi Malaysia.
Kata Rafizi, cabaran berdebat tersebut bagi membuktikan rekod Mohamed Azmin ketika menjadi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih baik daripada Kerajaan Perpaduan sekarang.
Bagi menjayakan debat berkenaan, Astro AWANI menawarkan ruang buat kedua-dua pemimpin berkenaan berdebat di pentas.
Bagaimanapun, Azmin meletakkan syarat menyebabkan hasrat Rafizi tidak kesampaian.
Tidak berputus asa, Rafizi kemudiannya mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula menggantikan Azmin dalam membincangkan isu ekonomi negara.
Sekali lagi, hasrat Rafizi tidak tercapai kerana Muhammad Sanusi juga menolak pelawaan itu.
Pelawaan ketiga Ahli Parlimen Pandan itu kemudiannya terarah kepada Mohd Syahir yang juga pada awalnya menolak jemputan itu.
Namun, hari ini, Mohd Syahir memberikan persetujuannya untuk berdebat dengan Rafizi tanpa syarat.
Afiezy Azaman
Tue Aug 01 2023
![Rafizi-Syahir capai persetujuan, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos Rafizi-Syahir capai persetujuan, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690862405_rafiziramli.jpg)
Mohd Syahir Sulaiman (kiri) menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Rafizi Ramli untuk berdebat mengenai ekonomi Malaysia pada 9 Ogos ini. Saluran berita Astro AWANI akan menjadi penganjur bagi debat berkenaan.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast' Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729059795_WanAhmadFayhsalWa.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
![Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan, kukuhkan perpaduan Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan, kukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727083067_FadhlinaSidek.jpg)
Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan, kukuhkan perpaduan
Arena debat berupaya mengukuhkan serta memperkasakan perpaduan pelbagai kaum menerusi kerjasama sepasukan dalam menghasilkan hujah yang berkesan.
![Harris desak Trump debat bulan depan Harris desak Trump debat bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727069939_KamalaHarrisDona.jpg)
Harris desak Trump debat bulan depan
Harris menegaskan rakyat AS dan para pengundi berhak melihat mereka bertemu sekali lagi sebelum pilihan raya.
![Trump tolak cabaran Harris berdebat semula Trump tolak cabaran Harris berdebat semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726988284_KamalaHarrisDona.jpg)
Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.
![Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726036156_DonaldTrump.jpg)
Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.
![Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726017785_DonaldTrump.jpg)
Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik
Pendirian beremosi dan mengikut kepentingan politik Trump dapat dilihat ketika debat bersama Joe Biden sebelum ini.
![Trump cadang tidak sertai debat ABC News dengan Harris, faktor berat sebelah Trump cadang tidak sertai debat ABC News dengan Harris, faktor berat sebelah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724682455_TBTRUMPKAMALA.jpg)
Trump cadang tidak sertai debat ABC News dengan Harris, faktor berat sebelah
Kempen Harris tidak bersetuju dengan keputusan Trump untuk mengadakan debat di Fox News pada 4 September.
![Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker' Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723551465_TBJEJAKPANDA.jpg)
Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.
![Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723215510_TBMASHRAFISIFAYHSAL.jpg)
Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal
Rafizi Ramli mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat.
![Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722664895_USElectionKamala.jpg)
Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Trump berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris pada 4 Sept di Pennsylvania.