Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Trump berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris pada 4 Sept di Pennsylvania.
Astro Awani
Sat Aug 03 2024
Trump (kiri) berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris (kanan) pada 4 Sept di Pennsylvania. -Reuters
KUALA LUMPUR: Calon presiden dari Parti Republikan, Donald Trump bersetuju dengan pelawaan Fox News untuk berdebat dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat, Kamala Harris pada 4 September ini.
Persetujuan tersebut dimaklumkan Trump, yang juga bekas Presiden AS dalam kemas kini di laman sosial hari ini.
Jelas beliau, debat tersebut dijadual berlangsung di Great Commonwealth of Pennsylvania dan dihoskan oleh Bret Baier dan Martha MacCallum.
Trump menambah peraturan debat tersebut adalah sama dengan cadangan debat bersama Joe Biden yang tidak dapat diteruskan susulan Presiden AS itu menarik diri daripada perlumpaan pemilihan presiden.
Bulan lalu, Harris telah menyatakan persetujuan dengan cadangan Fox News untuk mengadakan debat melibatkan dua calon presiden.
Biden menarik diri pada 21 Julai daripada perebutan jawatan presiden dan menyatakan sokongan penuh kepada Harris bagi menggantikannya sebagai calon presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 5 November ini.