Pengurangan ini akan memberi kesan kepada kedutaan di Beijing dan konsulat di Guangzhou, Shanghai, Shenyang, Wuhan, dan Hong Kong, menurut laporan itu, yang menyatakan kakitangan misi diplomatik mungkin akan menerima pemakluman berkaitan seawal Jumaat ini.
Ini kemungkinan pengurangan terbesar pertama dalam kakitangan diplomatik AS di China sejak penubuhan hubungan rasmi dengan China pada 1979, menurut laporan itu.
Pengurangan yang bakal dilaksanakan itu dilaporkan sebahagian daripada usaha Rumah Putih untuk menyusun semula kor diplomatik AS di seluruh dunia.
-- BERNAMA
