PUTRAJAYA: Irama pukulan gendang daripada 400 pemain gendang pelbagai kaum bakal menggegarkan pentas persembahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Khamis depan.
Lebih menarik dan pastinya memukau tumpuan pengunjung adalah 'kemunculan' empat gendang berpusing dikenali 'Achun Spinning Drum', yang akan digunakan buat julung kalinya pada sambutan kali ini.
Direka cipta oleh Pensyarah Fakulti Muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Shamsul Kamal Abd Rahman, gendang seberat tiga kilogram dan dibuat daripada bahan sintetik itu boleh digunakan pada bila-bila masa dan tahan lebih lama.
Bercakap kepada Bernama, Shamsul Kamal yang lebih dikenali sebagai Cikgu Achun berkata alat muzik ciptaan beliau itu pertama kali digunakan pada acara besar negara selepas mendapat cap dagangan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tahun ini.
"Saya cipta gendang ini pada 2015 selepas pulang dari festival muzik di Korea Selatan tidak lama dahulu. Saya baru patenkan dan kini berani untuk keluarkan guna buat persembahan," katanya yang merupakan guru pembimbing bagi kumpulan pergendangan untuk persembahan sambutan Hari Kebangsaan 2023 pada 31 Ogos ini.
Berkongsi lanjut, Shamsul Kamal yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai kepakaran selama 30 tahun dalam bidang muzik terutama dram dan percussion berkata, idea menghasilkan gendang berpusing itu timbul memandangkan gendang yang ada dalam negara hanya statik.
"Kalau gendang yang ada ketika ini, ia dibuat daripada kayu dan kulit haiwan, bila hujan akan ada masalah sebab tak boleh kena air hujan. Tapi gendang ini tiada masalah, kerana dibuat daripada bahan sintetik," katanya menambah pemain gendang itu akan memberi maklum balas sekiranya alat muzik berkenaan perlu untuk ditambah baik pada masa akan datang.
Mengenai persembahan pada Hari Kebangsaan nanti, Cikgu Achun berkata kumpulan pergendangan yang terdiri daripada 400 orang itu merupakan gabungan pemain gendang serta kompang dari Aswara dan UiTM, dimeriahkan lagi dengan kira-kira 762 penari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan 600 pelajar sekolah.
Katanya, kumpulan terbabit akan mengiringi tiga lagu iaitu Malaysia MADANI, Jalur Gemilang dan Kurik Kundi yang pernah dipopularkan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
"Kami sudah berlatih selama dua minggu, saya janjikan persembahan terbaik daripada kumpulan ini dan tidak mahu kecewakan pengunjung yang hadir," kata anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) JKKN Rosnan Nordin berkata latihan tarian selama tiga bulan telah melengkapkan diri setiap penari untuk menampilkan persembahan memukau di hadapan tetamu kehormat dan kira-kira 100,000 pengunjung yang dijangka hadir.
"Penari-penari ini akan berada di atas pentas persembahan bersama kumpulan dram sepanjang acara berlangsung," katanya.
Beliau berkata lagu Kurik Kundi akan dinyanyikan secara berselang-seli oleh beberapa artis iaitu Nadeera Zaini yang mewakili masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Suki Low (kaum Cina), Roshini Balachandran (kaum India), Zizi Kirana (masyarakat Sabah) dan Hazraniza Dollah (masyarakat Sarawak) menandakan penyatuan rakyat.
Secara keseluruhannya, lebih 19,000 peserta terlibat dalam acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2023 bertemakan 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'.
Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, Putrajaya menjadi lokasi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Empat gendang berpusing dikenali 'Achun Spinning Drum', yang akan digunakan buat julung kalinya pada sambutan kali ini. - Gambar/ Bernama
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.
Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste
Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.
Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.