Batasan geografi tidak pernah menjadi halangan untuk sama-sama berkongsi kebanggan menjadi anak Malaysia di bumi asing.
Beberapa hari lalu, Hari Kebangsaan diraikan oleh rakyat Malaysia yang menetap di New York.
Biarpun, dianjurkan dalam skala sederhana, namun majlis itu berlangsung meriah.
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.
Sebagai tuan rumah, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ahmad Faisal Muhamad mengalu-alukan kehadiran tetamu khususnya diplomat dari pelbagai negara.
Para undangan turut dijamu dengan pelbagai sajian Malaysia.
Acara berkenaan turut menampilkan persembahan tarian tradisional oleh kumpulan tari anak-anak diplomat yang dikenali sebagai Gemala Sitra New York.
Mereka dipimpin oleh rakyat Malaysia yang kini menetap di New York, TK Lim @ Aqoque.