Menurut beliau, hampir tujuh dekad, Malaysia dan AS komited dalam membina persahabatan dan kerjasama yang dibangunkan dengan visi bersama demi masa depan yang selamat, makmur dan berdaya tahan.
"Bersama-sama, kita kukuhkan hubungan ekonomi, keharmonian dalam hubungan rakyat dan keselamatan yang kukuh ini," katanya dalam kenyataan yang di laman rasmi Kedutaan AS di Malaysia, di sini pada Sabtu.
Selain itu, Biden memberitahu, AS juga dalam usaha memperkasakan usahawan khususnya wanita menerusi pelbagai program perkongsian pengertahuan, kemahiran dan mengembangkan rangkaian perniagaan di peringkat global.
Menurutnya, dengan komitmen bersama ia dapat mempromosikan rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, makmur dan selamat.
"Saya yakin ikatan kedua-dua negara akan terus berkembang maju," ujarnya.