Sikap sesetengah pihak yang menganggap cukup hanya menguasai bahasa inggeris menyebabkan bidang penterjemahan di Malaysia masih tidak diangkat ke tahap yang sepatutnya, kata Ketua Pegawai Esekutif (CEO) Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadirun.
"Banyak lagi ilmu-ilmu dalam bahasa lain seperti Perancis, Jepun, Jerman, malah sekarang bahasa Cina merupakan satu medan baru untuk diterjemahkan kerana hasil ekonomi mereka sangat memberangsangkan.
"Jadi pengetahuan dalam ilmu yang disampaikan dalam bahasa Cina sangat memberi nilai ekonomi yang tinggi," katanya dalam sidang media mengenai Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA), hari ini.
Mohd Khair berkata penterjemah mampu menjadi satu bidang kerjaya yang memberi pulangan yang sangat lumayan kepada mereka yang terlibat.
Ini kerana jelas beliau, terjemahan dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan merupakan satu perkara yang tidak boleh dielakkan.
"Di eropah, terdapat ramai penterjemah profesional kerana ramai yang menggunakan bahasa sebagai salah satu mata pencarian mereka," katanya lagi.
Justeru katanya, PPA adalah mercu tanda yang dikenali oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang terjemahan, bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.
Secara uniknya, PPA dianjurkan secara bersama oleh beberapa pihak yang mempunyai kekuatan dan kepentingan masing-masing seperti Persatuan Penterjemah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, ITBM dan Perbadanan Kota Buku.
PPA kali ke -15 akan diadakan selama tiga hari pada 25 hingga 27 Ogos di Hotel Premeira, Kuala Lumpur.
Fokus persidangan ialah kepada isu semasa penterjemahan, penemuan baharu dan hala tuju perkembangan industri ini dalam membangunkan bidang intelektual yang turut menjana pembangunan negara.
Irwan Muhammad Zain
Tue Apr 14 2015

MOHD KHAIR: Penterjemahan boleh jadi satu bidang yang sangat lumayan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan beri perhatian serius usaha angkat martabat seni, sastera negara - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.

Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.

KLWBC2020: Apa ada dengan biografi?
Bagi peminat buku muzik, membaca biografi tidak mudah. Apa lagi buku-buku lagenda muzik yang muncul pada era 60-an dan 70-an.

Jadikan KLWBC 2020 tahun kebangkitan ITBM
Keghairahan proses rasionalisasi agensi kerajaan harus terkawal. Serkap jarang dan pukal borong bukan langkah pengurusan yang bijak.

ITBM tangguh penamatan khidmat 24 orang kakitangan
Penangguhan bertujuan memberi laluan kepada Kementerian Pendidikan melaksanakan perancangan pemulihan ITBM bagi mengekalkan kelangsungan organisasi tersebut.

Petisyen desak selamatkan ITBM dilancarkan
Petisyen itu mula dilancarkan sejak Jumaat 22 November lepas telah mendapat lebih 2,500 untuk menyelamatkan ITBM.

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP
Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.

5 buku Malaysia diterjemah, terokai pasaran Jepun
Lima buah buku termasuk Hang Tuah: Catatan Okinawa yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun dilancarkan di Tokyo hari ini.

Isu kontrak CEO: Penterjemah, penulis perlu positif - ITBM
ITBM percaya bahawa kerajaan mempunyai perancangan yang lebih besar untuk Mohd Khair pada masa hadapan dan institut itu mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.