PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.
Perdana Menteri berkata beliau mengadakan pertemuan dengan tujuh Sasterawan Negara hari ini untuk mendengar sendiri keluhan, teguran dan pandangan, bagi menambah baik usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera negara.
Beliau berkata pada sesi dialog lebih satu setengah jam itu, pelbagai idea bernas dilontarkan para sasterawan, antaranya mewujudkan Majlis Sastera Nusantara sebagai wadah pertukaran idea antara negara-negara nusantara dan merancakkan usaha penterjemahan, selain mempertimbangkan peranan atase kebudayaan.
"Turut dicadangkan menjadikan kawasan sekitar Jalan Belfield dan Jalan Bukit Petaling yang menempatkan pejabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Rumah Pena serta Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai lokasi tumpuan dan pertembungan kegiatan sastera, bahasa dan kebudayaan," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, di sini hari ini.
Anwar berkata perbincangan itu turut menyinggung soal pembelajaran dan pengajaran karya agung sastera tempatan dan dunia.
Di samping itu, beliau berkata peranan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam memastikan program asasi, diploma dan ijazah pertama berkaitan sastera, perlu diberi penekanan lebih mendalam.
"Saya turut menyarankan karya-karya agung Sasterawan Negara diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik, untuk dijadikan cenderahati kepada tetamu kerajaan dan ia juga boleh diedarkan di kedutaan Malaysia di luar negara untuk dijadikan bahan bacaan awam.
"Saya amat menghargai wacana bersama para Sasterawan Negara serta idea-idea yang dikemukakan. Insya-Allah Kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI," katanya.
Sesi dialog itu dihadiri sasterawan negara Datuk Dr A Samad Said, Prof Emeritus Muhammad Salleh, Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, Datuk Baharuddin Zainal, Datuk Dr Zurinah Hassan, Prof Datuk Dr Siti Zainon lsmail, Datuk Dr Rahman Shaari.
Turut hadir Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Noor Amin Ahmad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Anwar berkata perbincangan itu turut menyinggung soal pembelajaran dan pengajaran karya agung sastera tempatan dan dunia. - Gambar FB Anwar Ibrahim

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kerajaan beri perhatian serius usaha angkat martabat seni, sastera negara - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.

Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.

KLWBC2020: Apa ada dengan biografi?
Bagi peminat buku muzik, membaca biografi tidak mudah. Apa lagi buku-buku lagenda muzik yang muncul pada era 60-an dan 70-an.

Jadikan KLWBC 2020 tahun kebangkitan ITBM
Keghairahan proses rasionalisasi agensi kerajaan harus terkawal. Serkap jarang dan pukal borong bukan langkah pengurusan yang bijak.

ITBM tangguh penamatan khidmat 24 orang kakitangan
Penangguhan bertujuan memberi laluan kepada Kementerian Pendidikan melaksanakan perancangan pemulihan ITBM bagi mengekalkan kelangsungan organisasi tersebut.

Petisyen desak selamatkan ITBM dilancarkan
Petisyen itu mula dilancarkan sejak Jumaat 22 November lepas telah mendapat lebih 2,500 untuk menyelamatkan ITBM.

Notis kompaun SPRM: Wang diterima ITBM untuk penerbitan buku
ITBM yang juga antara entiti yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB menjelaskan bahawa wang yang diterima adalah bayaran bagi khidmat penerbitan dan jualan buku.

Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP
Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.

5 buku Malaysia diterjemah, terokai pasaran Jepun
Lima buah buku termasuk Hang Tuah: Catatan Okinawa yang diterjemah ke dalam bahasa Jepun dilancarkan di Tokyo hari ini.

Isu kontrak CEO: Penterjemah, penulis perlu positif - ITBM
ITBM percaya bahawa kerajaan mempunyai perancangan yang lebih besar untuk Mohd Khair pada masa hadapan dan institut itu mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.