Kedudukan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang berperanan sebagai badan penterjemahan masih kekal relevan dan belum ada cadangan untuk menggabungkan agensi itu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.
"Kewujudan ITBM adalah kekal dan masih relevan bagi memainkan peranan sebagai badan penterjemahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Dengan itu, kedudukan ITBM akan diperkasakan bersama-sama agensi lain yang berada di bawah penyeliaan kementerian ini," katanya dalam sesi pertanyaan jawab lisan pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Salleh yang ingin tahu sama ada kementerian itu akan menggabungkan ITBM dan DBP.
Sebelum ini, media melaporkan ITBM akan ditutup dengan fungsi terjemahan dan penerbitan buku akan dikembalikan semula kepada DBP berikutan masalah hutang yang dialami agensi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 31 2019

Media sebelum ini melaporkan ITBM akan ditutup dengan fungsi terjemahan dan penerbitan buku akan dikembalikan semula kepada DBP.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

PSM mahu kembali ke pangkuan Istaf
Abidullah berkata, badan induk sepak takraw itu sedang dalam proses mengumpul beberapa dokumen yang diperlukan badan induk sepak takraw antarabangsa tersebut.

Sumali sah pimpin PSM
Tiga jawatan Naib Presiden pula akan disandang Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Datuk Awang Sham Amit dan Datuk Abu Jimi Samat.

Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP
Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.