Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) menangguhkan tindakan pengecilan operasi melibatkan penamatan khidmat 24 orang kakitangannya.
Menurut kenyataan ITBM pada Isnin, penangguhan tersebut dibuat atas arahan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melalui surat bertarikh 4 Dis lepas bertujuan memberikan laluan kepada kementeriannya melaksanakan perancangan pemulihan ITBM bagi mengekalkan kelangsungan organisasi tersebut.
"Ini sesuai dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri untuk menyediakan peruntukan khas kepada ITBM melalui projek penerbitan buku teks yang dibuat secara rundingan terus," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPM turut mengenal pasti perancangan jangka pendek serta jangka panjang pemulihan operasi dan kedudukan kewangan ITBM.
"Antara langkah segera yang diambil adalah dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM2 juta melalui pembelian buku sebagai bahan bacaan tambahan untuk edaran ke sekolah.
BACA: Petisyen desak selamatkan ITBM dilancarkan
"Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan akan menyalurkan peruntukan dana berjumlah RM5 juta kepada ITBM dalam tempoh terdekat ini," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pengurus Besar merangkap Pemangku Pengarah Urusan ITBM Sakri Abdullah berkata Menteri Pendidikan telah mengarahkan ahli lembaga pengarah bersama-sama pengurusan untuk berbincang serta membentangkan perancangan jangka panjang pemulihan organisasi itu bagi mengekalkan kelangsungannya dengan peranan sedia ada.
Sakri berkata selari dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0), ITBM turut diminta mencari kaedah, medium lebih kreatif, interaktif serta terkini menggunakan konsep digital seperti augmented reality (AR) dan e-book.
"Cadangan dan saranan bagi pemulihan serta mengekalkan peranan ITBM ini merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk kekal memberi perhatian terhadap pembangunan serta perkembangan industri perbukuan negara, selari dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Dunia 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 09 2019

KPM turut mengenal pasti perancangan jangka pendek serta jangka panjang pemulihan operasi dan kedudukan kewangan ITBM. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

ITBM tangguh penamatan khidmat 24 orang kakitangan
Penangguhan bertujuan memberi laluan kepada Kementerian Pendidikan melaksanakan perancangan pemulihan ITBM bagi mengekalkan kelangsungan organisasi tersebut.