GOMBAK:Tindakan sepasang kekasih yang melarikan diri ketika pemeriksaan di satu sekatan jalan raya mengundang padah apabila mereka ditahan pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, anggota polis yang bertugas dalam Op Bersepadu Cegah Jenayah dan Op Mabuk di Batu 15, Jalan Kuala Lumpur–Ipoh telah menahan kenderaan dinaiki kedua-dua suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
"Anggota polis bertugas telah mengarahkan suspek tersebut menghentikan kenderaannya di bahu jalan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
"Apabila dihampiri, suspek tersebut terus memecut kenderaannya merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan hampir melanggar dua anggota polis bertugas untuk melarikan diri," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, polis kemudiannya mengejar kenderaan tersebut sejauh lebih kurang satu kilometer dan akhirnya berjaya menahan kenderaan dinaiki suspek.
"Ketika proses tangkapan dijalankan, kedua suspek enggan memberi kerjasama malah bertindak merakam video dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan ke atas anggota polis yang bertugas.
"Ujian pernafasan ke atas suspek yang memandu kenderaan tersebut mendapati di bawah pengaruh alkohol," katanya yang dipetik Sinar Harian.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kedua suspek telah ditahan reman selama tiga hari mulai untuk siasatan lanjut.
"Motif kejadian dipercayai suspek melarikan diri dari diperiksa di Sekatan Jalan Raya kerana di bawah pengaruh alkohol," katanya.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan memberi kerjasama kepada penjawat awam yang menjalankan tugas.
"Tindakan lari dari sekatan jalan raya adalah satu kesalahan yang serius, malah jika ada elemen cuba merempuh petugas yang membahayakan nyawa mereka, implikasinya adalah lebih berat kerana ianya boleh disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh," katanya.
Astro Awani
Wed Feb 17 2021

Tindakan sepasang kekasih yang melarikan diri ketika pemeriksaan di satu sekatan jalan raya mengundang padah apabila mereka ditahan pada Selasa. -Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.

Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.

149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.

Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.

Pengguna jalan raya kejar, tahan pemandu mabuk lari selepas langgar 2 pelajar
Seorang pemandu mabuk ditahan orang ramai ketika cuba melarikan diri selepas melanggar dua pelajar sekolah di persimpangan lampu isyarat Cheng Height, di sini petang semalam.

Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.

Langgar anggota polis trafik: Lelaki direman empat hari
Tempoh reman dibenarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid terhadap lelaki tersebut bermula hari ini hingga Khamis depan.

Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.