IPOH: Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 1.15 pagi itu, lelaki yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Elgrand turut melanggar sebuah kereta.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati suspek berusia 44 tahun itu sedang memandu MPV dari Jalan Ashman Shah menuju ke Jalan Raja Musa Aziz.
"Sampai di tempat kejadian, dia terlanggar sebuah motosikal menyebabkan penunggang dan pembonceng berusia 27 dan 32 tahun mengalami cedera ringan.
"Suspek bertindak mengundur kenderaan lalu terlanggar sebuah kereta sebelum membuat pusingan U dan masuk ke Jalan Kamaruddin Isa.
"Pemandu MPV tersebut kemudian telah hilang kawalan selepas melanggar penghadang batu di Jalan Sybil Kathigasu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, suspek ditahan dan hasil ujian pernafasan mendapati kadar alkohol melebihi had yang ditetapkan.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod saman trafik termasuk empat kesalahan kemalangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan," katanya.
Abang Zainal Abidin berkata, saksi kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 26 2024
![Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716721639_TBpemandumabuk.jpg)
MPV milik suspek mengalami kerosakan setelah melanggar motosikal dinaiki pasangan suami isteri dan kereta di Ipoh. - Foto/ Ihsan polis
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/51437107041_GARISANPOLIS.jpg)
Kemalangan di bulatan Ladang bukan disebabkan pemandu mabuk - Polis
Beliau berkata nahas itu menyebabkan beberapa kerosakan pada kesemua kenderaan terlibat dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.
![Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716721639_TBpemandumabuk.jpg)
Suami isteri cedera dilanggar pemandu mabuk
Sepasang suami isteri tercedera selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Raja Ashman Shah pada Ahad.
![Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715846436_TBRDhinesh.jpg)
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
!['Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan' 'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715843349_AdamAdli.jpg)
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
![KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715748657_AdamAdli.jpg)
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
![Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715749425_tblelakimabuk.jpg)
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
![Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715743680_SitiNurulMasyitah.jpg)
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
![Atlet kayak Malaysia cedera dipercayai mangsa pemandu mabuk Atlet kayak Malaysia cedera dipercayai mangsa pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715741709_SitiNurulMasyitah.jpg)
Atlet kayak Malaysia cedera dipercayai mangsa pemandu mabuk
Mangsa dilaporkan ditimpa kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey.
![21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang 21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699156045_TBSamsenfKLjpg.jpg)
21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang
Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.
![Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692713603_SPRMLogoSPRM.jpg)
Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.