Peguam Negara, Tommy Thomas, telah menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.
Jabatan Peguam Negara (AGC), dalam kenyataan hari ini, berkata Thomas tidak akan terlibat dalam apa juga keputusan yang akan dibuat oleh AGC terhadap kes Lim yang belum selesai itu.
Dalam kenyataan bersama Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek dan Peguam Cara Negara II, Datuk Paduka Zauyah Be T. Loth Khan, mereka berkata banyak maklumat salah telah diedarkan mengenai peranan Peguam Negara dalam membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang beliau terlibat sebagai peguam sebelum ini.
"Oleh itu, penjelasan diperlukan untuk tujuan ini. Apabila dilantik sebagai Peguam Negara, beliau secara terbuka mengumumkan bahawa beliau menerima prinsip konflik kepentingan diguna pakai terhadapnya," mereka berkata.
Mereka juga berkata dengan mengambil kira kepentingan anak guamnya dan pihak yang menentang dalam litigasi semasa beliau menjadi peguam sebelum ini, kedudukan Peguam Negara terikat kepada dua kaedah yang sedia ada dalam undang-undang bagi menyelesaikan keadaan ini.
Pertama, bagi kes yang melibatkan beliau atas dasar peribadi, sebagai peguam dan rakan. Peguam Negara akan menarik diri dengan sendirinya.
Keputusan dengan itu diambil secara bersama dan mungkin perbincangan diadakan dengan pegawai kanan dalam jabatan sebelum sesuatu keputusan dibuat, kata mereka.
Kedua, kata mereka, bagi kes apabila Peguam Negara menentukan bahawa beliau tidak perlu menarik diri, beliau akan mengisytiharkan kepentingannya kepada anggota lain dalam panel yang membuat keputusan.
Kepentingannya itu akan direkodkan dan dalam hal itu, beliau akan terlibat sebagai anggota pasukan.
Thomas sebelum ini mewakili Lim dalam prosiding komital yang difailkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 di Mahkamah Tinggi terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.
Prosiding komital itu atas dakwaan Lim telah menghina mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 3 Sept ini untuk mendengar keputusan representasi yang dikemukakan oleh Lim dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk menggugurkan pertuduhan mereka berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran di George Town.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
![Peguam Negara Tommy Thomas tarik diri dalam kes rasuah Lim Guan Eng Peguam Negara Tommy Thomas tarik diri dalam kes rasuah Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71532363074_TommyThomas.jpg)
Jabatan Peguam Negara berkata Thomas (gambar) tidak akan terlibat dalam apa juga keputusan yang akan dibuat oleh AGC terhadap kes Lim yang belum selesai itu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721808891_TBFahmi.jpg)
Jenayah siber: Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC selaras tindakan, pendakwaan
Kabinet arah PDRM, AGC dan MCMC untuk memantap dan selaraskan tindakan aspek siasatan dan pendakwaan berhubung jenayah dalam talian.
![AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
AGC diberi lanjutan dua minggu kemas kini penyelesaian kes saman pencen
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Mac untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak mengemas kini penyelesaian.
![Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Aman Palestin tidak boleh cabar pembekuan akaun bank melalui semakan kehakiman - AGC
AGC membantah permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan pengeluaran notis yang dibantah itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman.
![Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699455072_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif dalam LMAG - AGC
Malaysia komited untuk menyumbang secara aktif untuk kebaikan Komanwel, rantau Asia Pasifik dan dirinya menerusi penyertaan dalam Kumpulan Bertindak Menteri Undang-Undang Komanwel (LMAG).
![Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022 Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699455072_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
Isu GEG: AGC dakwa telah beri pandangan undang-undang secara konsisten sejak 2022
Kenyataan AGC hari ini memaklumkan bahawa peruntukan itu adalah bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
![Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691394028_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Kes buli MCKK: PDRM terima arahan khusus AGC untuk lengkapkan siasatan
Antara arahan khusus AGC ialah mendapatkan laporan penuh perubatan mangsa.
![1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA 1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699455072_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
1MDB-Goldman Sachs: AGC fail respons kepada Pendaftar Mahkamah LCIA
Kerajaan perlu memfailkan 'Balasan' kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh permohonan untuk timbang tara difailkan.
![DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691404025_AhmadZahidHamidi.jpg)
DNAA: Tunggu keputusan representasi Peguam Negara - Ahmad Zahid
Zahid meminta semua pihak memberi ruang kepada Jabatan Peguam Negara menjalankan siasatan terhadap representasi dikemukakan pihaknya berhubung 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi.
![Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693565942_AkmalSalehPemuda.jpg)
Isu kebocoran 'Memo Dalaman' AGC tidak dijawab, Pemuda UMNO akan buat laporan polis - Dr Akmal
Pemuda UMNO akan mengerakkan ahli-ahlinya untuk membuat laporan polis agar satu siasatan dijalankan terhadap isu kebocoran 'Memo Dalaman' Jabatan Peguam Negara (AGC) baru-baru ini.
![AGC bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen di Sabah dikosongkan AGC bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen di Sabah dikosongkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686902474_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
AGC bantah permohonan Bersatu supaya empat kerusi Parlimen di Sabah dikosongkan
Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.