KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu AGC di platform Facebook.


Ringkasan AI
  • Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu di Facebook.
  • AGC menegaskan bahawa mereka dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu tersebut.
  • Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu, berhati-hati, dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran dari akaun palsu. Mereka boleh mengikuti Facebook rasmi AGC untuk maklumat yang sahih.


Jabatan itu menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC' tersebut.


"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut, sentiasa berhati-hati, dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang dibuat oleh akaun palsu berkenaan," menurut hantaran tersebut.

AGC turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun palsu itu yang menggunakan gambar profil jata negara dan tawaran perkhidmatan palsu di Facebook berkenaan.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi Jabatan Peguam Negara di pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100064838618925.

-- BERNAMA