Calon naib presiden UMNO Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam supaya semua calon naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata sekiranya ibu pejabat UMNO bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya.
Beliau berkata ia boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.
"Kalau difikirkan bahawa satu forum melibatkan keenam-enam calon wajar diadakan, maka saya bersedia menyertainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, malam tadi.
Selain Mukhriz, lima lagi calon naib presiden terdiri tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mukhriz berkata jawatan naib presiden merupakan jawatan kanan di dalam parti dan perwakilan pastiberminat mengetahui pandangan setiap calon dalam pelbagai isu.
Mengenai peluang pada pemilihan UMNO, Mukhriz berkata beliau mendapat maklum balas yang positif.
Bagaimanapun Mukhriz berkata beliau terpaksa mengurangkan masa berkempen bagi pemilihan UMNO 19 Okt ini bagi memberi tumpuan terhadap pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah yang bakal diadakan 4 Nov ini.
Sebagai contoh, katanya beliau hanya dapat menyertai sesi pengenalan calon di Negeri Sembilan pada 8 Okt ini dan tidak dapat hadir dalam sesi di Melaka dan Johor pada hari sama kerana perlu berada di Sungai Limau.
Bernama
Sun Oct 06 2013


Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.

KSP RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan
Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan u

148 Ahli Parlimen selesai bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 148 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Feb lepas.

Speaker ingatkan Ahli Parlimen pakai pelitup muka semasa berbahas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Dulu baik ketika zaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mereka boleh bersidang lama bahkan sehingga jam 3 pagi.

Ahli Parlimen boleh mencelah, tanya soalan pada sidang khas Parlimen - Saifuddin
Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai.

Suhakam zahir kekecewaan terhadap Parlimen
Laporan Tahunan ini mengandungi syor-syor berkaitan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.

Belanjawan 2021 lulus, papar kematangan politik Malaysia
Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.

Belanjawan 2021: PN dapat manfaat sekiranya Ku Li tidak sertai undian
Hamidin berkata tanpa kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang itu, kerajaan PN tidak perlu bimbang akan satu undi yang tidak menyokong mereka.

Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021
Ku Li menjelaskan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan.