KUANTAN: Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata penggunaan perkataan 'penerangan daripada menteri' pada takwim Parlimen adalah sebagai istilah dan tidak bermaksud 'wakil rakyat hadir ke Parlimen sekadar untuk mendengar penerangan kerajaan'.
"Istilah "Penerangan daripada menteri'" itu adalah bermaksud menteri akan menyampaikan penerangan tentang sesuatu dan setakat yang saya tahu, standing orders (peraturan-peraturan mesyuarat) membenarkan Ahli Parlimen untuk mencelah dan bertanya.
"... dan terpulang kepada Speaker jika hendak memberikan masa untuk dibahaskan. Bukan bermakna seseorang menteri itu bercakap dan yang lain mendengar sahaja," katanya pada sidang media secara maya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sekitar Parlimen Indera Mahkota, di sini hari ini.
Saifuddin berkata demikan semasa diminta mengulas tindakan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang berpendapat lebih baik sidang khas Parlimen pada hujung bulan ini diadakan secara maya termasuk secara 'Facebook live' jika, sekadar mendengar kuliah menteri.
BACA: Ada ruang perbahasan pada sidang khas Parlimen - Takiyuddin
BACA: Buka ruang perbahasan di sidang khas Parlimen, jangan derhaka titah Agong - Majlis Presiden PH
Saifuddin juga mengalu-alukan soalan termasuk daripada warganet yang kurang jelas mengenai penggunaan istilah 'penerangan daripada menteri' dan menyifatkan ia sebagai perkembangan sihat yang memberi peluang kepada beliau dan teman-teman kerajaan untuk memberi penjelasan sebenarnya.
Menerusi program hari ini, selain menyantuni individu yang layak, sumbangan bakul makanan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu turut diberikan kepada Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) Pahang melalui Pengerusinya Datuk Seri Ng Chong Keong.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata semua 6,000 bakul makanan menggunakan peruntukan RM300,000 di bawah PEMULIH yang diterimanya sudah selesai diagihkan hari ini, sejak dimulakan pada 10 Julai lepas.
Bakul makanan bagi Parlimen Indera Mahkota, menurut Saifuddin, berisi 11 barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, milo, minyak masak dan susu menggunakan peruntukan PEMULIH, manakala sumbangan pelitup muka dan cecair basmi kuman menggunakan peruntukan Ahli Parlimen.
"Selepas ini, kita akan teruskan dengan pemberian bakul makanan sumbangan pelbagai pihak lain, termasuk daripada Perikatan Nasional (PN) yang menyediakan bakul makanan untuk semua 222 kawasan Parlimen dengan setiap satu akan menerima 500 unit.
"Sebagai Pengerusi PN Negeri, saya telah bermesyuarat dengan pihak terlibat dan melantik koordinator untuk pengagihan bakul makanan ini, melibatkan tujuh daripada PAS, Bersatu (enam) dan seorang daripada Gerakan," katanya.
Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memaklumkan pihaknya jika ada individu yang layak menerima bantuan bakul makanan walaupun tidak dikategorinya sebagai B40, mengambil kira kesan pandemik COVID-19.
Katanya, sebelum ini terdapat data mengenai penerima B40 daripada pelbagai pihak termasuk sistem e-Kasih, namun kini akibat pandemik yang berpanjangan, ramai yang telah kehilangan mata pencarian dan mereka ini tidak dimasukkan dalam data berkenaan.
"Kita tahu semakin ramai terkesan kerana jumlah yang menelefon atau walk-in ke Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota menunjukkan peningkatan, menyebabkan kita sentiasa menambah barangan di gerobok asnaf termasuk meletakkan susu bayi dan lampin pakai buang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021

Saifuddin berkata penggunaan perkataan 'penerangan daripada menteri' pada takwim Parlimen adalah sebagai istilah dan tidak bermaksud 'wakil rakyat hadir ke Parlimen sekadar untuk mendengar penerangan kerajaan'. - Gambar fail/BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Tumpuan pembentangan kajian separuh penggal RMK ke-12
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengemukakan usul khas bagi kelulusan kajian itu bagi tempoh 2023-2025.

Tun M sertai perarakan Blok Pembangkang di Dataran Merdeka
Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar 10.14 pagi di Dataran Merdeka ketika Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan.

Ahli Parlimen minta masa sidang khas Dewan Rakyat dipanjangkan
Pada masa ini terdapat kekangan masa untuk Ahli-Ahli Parlimen berbahas memandangkan masa harian persidangan tamat pada 5.30 petang.

Ahli Parlimen boleh mencelah, tanya soalan pada sidang khas Parlimen - Saifuddin
Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai.