KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.
Beliau berkata tindakan membuka pelitup muka ketika berbahas akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di Dewan Rakyat.
"Bercakap kuat tanpa pelitup muka meningkatkan jumlah jisim aerosol yang terhasil dan selanjutnya akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di dalam dewan yang mulia ini.
"Minta ahli-ahli Yang Berhormat memahami apa yang telah diberikan Speaker sebelum ini," katanya selepas Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) selesai giliran berbahas bagi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), tanpa mengenakan pelitup muka.
Terdahulu sebelum Mahfuz mula berbahas, M Karupaiya (PH-Padang Serai) bangkit meminta Speaker membenarkan Ahli Parlimen yang ingin berbahas membuka pelitup muka kerana mendakwa ramai dalam kalangan mereka dilihat sukar bernafas ketika berbahas.
Bagaimanapun Mohd Rashid tidak membenarkan perkara itu, dan sejurus itu Mahfuz yang bangkit untuk berbahas menyatakan bahawa pemakaian pelitup muka ketika berbahas boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan individu kerana berkemungkinan mengalami semput.
Cadangan Mahfuz itu turut dipersetujui RSN Rayer (PH-Jelutong) yang meminta speaker menimbang perkara itu kerana menurut beliau, sekiranya Ahli Parlimen yang berbahas sesak nafas, mereka berdepan risiko pengsan sekali gus menimbulkan masalah di dalam dewan.
Mahfuz kemudian meneruskan perbahasan tanpa memakai pelitup muka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 04 2021

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan AS Pelosi dirawat di hospital tentera AS di Jerman
Nancy Pelosi dibawa ke hospital tentera AS di Landstuhl, berhampiran Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, selepas dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat kecederaan.

Dewan Rakyat kecoh, Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari
Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker, Tan Sri Johari Abdul.

Hasil lawatan kerja Johari dibawa ke Persidangan Speaker Parlimen dan DUN bulan depan
Johari berkata lawatan kerja itu bertujuan untuk berkongsi pertukaran ilmu dan pengalaman dalam kalangan Yang Dipertua Dewan.

Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.

Dewan Perwakilan AS adakan sesi undian keempat pilih Speaker
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa akan mengadakan undian kali keempat bagi memilih Speaker

SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

DUN Sarawak bersidang lapan hari, tiga RUU dibentang
Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari bermula 15 hingga 24 Mei.

Dewan Rakyat: Belanjawan 2023, 12 RUU, empat usul diluluskan dalam mesyuarat kali ini
Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beberapa pembaharuan, antaranya sesi soal jawab Menteri dijawab sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada setiap Selasa.

Perkataan 'kera' daripada Shahidan kepada Mohd Sany gamatkan Dewan Rakyat
Kata-kata itu pantas disanggah Mohd Sany yang menegaskan, sebagai orang lama, Shahidan sepatutnya memberi contoh yang baik kepada orang baharu dan tidak menggunakan perkataan seperti itu.

Mahkamah Tinggi tolak saman empat ADUN Pulau Pinang terhadap DUN dan Speaker
Mahkamah Tinggi menolak saman empat ADUN P. Pinang terhadap DUN negeri itu dan Speakernya Datuk Law Choo Kiang berhubung usul yang dibentang pada Oktober 2020 agar mereka mengosongkan kerusi masing.