Pelosi berada di Luxembourg bersama delegasi kongres, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut laporan CNN yang memetik pegawai pertahanan, Pelosi dipindahkan ke hospital tentera AS yang digunakan untuk merawat anggota tentera AS yang cedera dalam pertempuran, di negeri Rhineland-Palatinate, Jerman.
Media AS melaporkan, ahli politik berusia 84 tahun itu mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tangga.
Pejabat Pelosi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kecederaan itu tetapi pada awalnya menyatakan yang beliau sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Luxembourg dan dijangka kembali ke AS tidak lama lagi.
Anggota Demokrat itu terus berkhidmat sebagai ahli kongres di Dewan Perwakilan dan masih dianggap sebagai seorang daripada ahli politik paling berpengaruh dalam partinya.
Pelosi secara meluas dipercayai menjadi suara utama yang meyakinkan Presiden Joe Biden untuk menarik diri daripada pencalonan semula awal tahun ini.
-- BERNAMA