Pelosi yang berusia 84 tahun, "kini menerima rawatan yang sangat baik daripada doktor dan profesional perubatan," kata jurucakapnya, Ian Krager, dalam satu kenyataan.
Ahli politik Demokrat itu yang masih mewakili California di Dewan Rakyat AS menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Menurut Krager, Pelosi "menanti masa untuk pulang ke AS tidak lama lagi" dan terus menjalankan tugas dari hospital.
Ahli kongres dari San Francisco itu merupakan tokoh penting dalam politik AS dengan kariernya merentasi tujuh pentadbiran Presiden.
Beliau pertama kali menjadi Speaker Dewan pada 2007 hingga 2011, jawatan berpengaruh yang kedua dalam turutan selepas Naib Presiden.
Pelosi sekali lagi memegang jawatan itu pada 2019 apabila partinya mengambil semula kawalan dewan tersebut.
Beliau meletak jawatan sebagai Speaker pada 2023 selepas dua tempoh selama empat tahun, tetapi terus berkhidmat di Dewan Rakyat.
Bulan lalu, beliau terpilih untuk tempoh dua tahun lagi.
Pelosi merupakan sebahagian daripada 17 anggota Dewan yang menyertai lawatan bipartisan ke Luxembourg, menurut pejabat Speaker Dewan semasa, Mike Johnson.
Delegasi itu dijadualkan menyertai acara ulang tahun bersama veteran, keluarga mereka, dan pegawai tentera.
Jurucakap Pelosi memaklumkan, beliau tidak akan dapat menyertai acara tersebut seterusnya akibat kecederaan itu.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas Ketua Minoriti Senat yang akan bersara, Mitch McConnell iaitu seorang anggota Republikan dari Kentucky terseliuh pergelangan tangan serta luka pada muka selepas jatuh di Capitol AS. - Agensi