KUALA LUMPUR:Kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di peringkat dasar semalam memperlihatkan kematangan politik Malaysia apabila membenarkan pandangan dan perdebatan yang hangat daripada blok kerajaan dan pembangkang sebelum ia diluluskan.
Felow Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma berkata Belanjawan 2021 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat, perniagaan dan ekonomi dalam keadaan yang tidak menentu, apatah lagi respons daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang diberikan perhatian.
"Belanjawan 2021 ini mendengar suara dari akar umbi, cuma apa yang blok pembangkang tidak setuju adalah mungkin dari nilainya, caranya dan itu (Belanjawan 2021) adalah untuk penambahbaikan...kita melihat kerajaan dan pembangkang are doing a good job (menjalankan tugas dengan baik)," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk "Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat" yang disiarkan di Bernama TV malam ini.
Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.
Madeline berkata sejurus selepas Belanjawan 2021 diluluskan, indeks saham meningkat sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur berikutan kepastian dalam unjuran dan keharmonian suasana politik.
Turut senada dengannya Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Nik Mahmod berkata beliau melihat bahawa blok pembangkang bukannya menolak belanjawan tersebut, sebaliknya mahu cara pengundian yang berlainan.
"Proses pengundian paling utama adalah secara suara iaitu mendengar siapa yang berkata bersetuju berbanding dengan siapa yang berkata tidak setuju," katanya.
Belanjawan 2021 memperuntukkan RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus, RM69 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM17 bilion kepada Kumpulan Wang COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Madeline berkata, Belanjawan 2021 yang dibentang Tengku Zafrul menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu rakyat, perniagaan dan ekonomi dalam keadaan tidak menentu. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.

KSP RMK12: 151 Ahli Parlimen bahas, sesi penggulungan minggu depan
Masalah kekurangan beras, pembangunan infrastruktur terutama di Sabah dan Sarawak, perumahan, rasuah dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah antara isu yang dibawa oleh Ahli Parlimen pada perbahasan u

148 Ahli Parlimen selesai bahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Seramai 148 Ahli Parlimen selesai mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula 14 Feb lepas.

Speaker ingatkan Ahli Parlimen pakai pelitup muka semasa berbahas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.

Mesyuarat Khas Parlimen: 'Sebab daruratlah tidak boleh lama-lama' - Timbalan Speaker
Dulu baik ketika zaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), mereka boleh bersidang lama bahkan sehingga jam 3 pagi.

Ahli Parlimen boleh mencelah, tanya soalan pada sidang khas Parlimen - Saifuddin
Ahli Parlimen boleh mencelah dan bertanya soalan malah berbahas pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Julai.

Suhakam zahir kekecewaan terhadap Parlimen
Laporan Tahunan ini mengandungi syor-syor berkaitan hak komuniti rentan termasuk Orang Asli, wanita dan kanak-kanak, mangsa pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka serta pekerja.

Belanjawan 2021 lulus, papar kematangan politik Malaysia
Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar semalam.

Belanjawan 2021: PN dapat manfaat sekiranya Ku Li tidak sertai undian
Hamidin berkata tanpa kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang itu, kerajaan PN tidak perlu bimbang akan satu undi yang tidak menyokong mereka.

Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021
Ku Li menjelaskan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan.