KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau akan memastikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahas di Parlimen.
Beliau berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.
Johari berkata beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, Perak hari ini dengan diiringi Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi dan ahli lain jawatankuasa itu.
"Saya diberi taklimat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir oleh Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Azhar Jumaat," menurutnya dalam hantaran di media sosial X (Twitter).
Pada 21 Sept lepas, Mas Ermieyati berkata laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua-LCS adalah antara empat laporan yang akan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat yang dijadual bersidang bermula 9 Okt ini.
Katanya laporan itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau akan memastikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahas di Parlimen. - BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

Speaker Dewan Rakyat panggil KSU setiap kementerian lihat akta lapuk
Langkah itu perlu bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan atau sesuai dengan era digital dan perlu ditambah baik agar seiring dengan peredaran masa.

Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Yael Braun-Pivet dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat Perancis
Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk penggal kedua pada Khamis.

Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat kekalkan enam Ahli Parlimen Bersatu bersifat peribadi.

Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.

Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.