KUALA LUMPUR: Menjelang hari terakhir persidangan Dewan Rakyat esok, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.
Beliau berkata setiap Ahli Parlimen bertanggungjawab mengetengahkan hasrat rakyat di kawasan yang diwakili dan tidak sepatutnya hanya menjadi 'juara' untuk parti politik masing-masing semasa dalam perbahasan.
"Suka saya ingatkan mereka (Ahli Parlimen) dibayar untuk datang ke Dewan Rakyat untuk berbicara tentang rakyat. Sebaik anda (Ahli Parlimen) masuk dalam (bersidang), itu hak waktu rakyat dan anda perlu berbicara tentang rakyat.
"Kalau kita mula jadi pelawak dalam Parlimen, akhirnya masyarakat akan menyindirkan diri mereka daripada apa yang berlaku dalam Parlimen... ini yang kita mahu elakkan," katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.
Johari berkata Ahli Parlimen juga perlu mempersiapkan diri dengan membaca mengenai perkara yang akan dibawa kepada Dewan agar perbahasan akan menjadi lebih 'cantik' dan matang, sekali gus menjurus kepada perbincangan yang lebih substantif.
"Saya bagi contoh mungkin ada Rang Undang-Undang yang dibentangkan oleh menteri terdapat kelompongan, dengan hujah yang baik, menteri akan buat perubahan dan pindaan yang diperlukan berdasarkan pandangan yang diberikan," kata Johari.
Untuk tujuan itu, Johari berkata pihak Parlimen kini dalam proses mengadakan sesi latihan berkaitan cara menyediakan dan mengajukan soalan kepada Ahli Parlimen untuk sesi Dewan Rakyat akan datang yang dijadual pada Februari tahun hadapan.
Selain itu, beliau turut memaklumkan pihaknya dalam proses menyediakan Parlimen Belia yang lebih sistematik bagi meningkatkan minat dan penglibatan golongan muda.
"Saya sedang sediakan kaedah bagaimana mereka boleh bertanding. Jumlah (Ahli Parlimen Belia) 222 juga, seperti mana dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Kita sedang melihat bagaimana masyarakat belia boleh terlibat untuk memilih Ahli Parlimen Belia (bagi kawasan masing-masing).
"Harapan kita setelah mereka masuk ke Parlimen Belia, balik esok mereka boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat yang betul dalam parti yang dia suka. Akhirnya, kita dapat melihat anak muda memenuhi Parlimen dengan kualiti yang berbeza berbanding sekarang," katanya.
Mengulas mengenai kejayaan Parlimen tahun ini, Johari berkata antara yang menjadi kebanggaan beliau ialah pemerkasaan peranan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas yang berjaya mengadakan lebih 100 perjumpaan selain pembukaan Parlimen kepada orang awam melalui penganjuran hari terbuka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ketika ditemu bual pada Program Ruang Bicara bertajuk 'Setahun Parlimen Ke-15' di Wisma Bernama. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.