KUANTAN: Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.

Mufti Pahang Prof Datuk Asmadi Mohamed Naim berkata Zon Khas Waktu Solat itu membabitkan Mukim Rompin, Mukim Endau dan Mukim Pontian.

Beliau berkata oleh itu, waktu solat dan berbuka puasa bagi Ramadan 1446H untuk daerah itu akan menggunakan Zon Khas Rompin dan tidak lagi menggunakan Zon 2 (Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah).

"Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan kepada kewujudan Zon Khas Waktu Solat baharu itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA