ANKARA: Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, calon dari parti Presiden Emmanuel Macron, sebagai Speaker Dewan Rakyat atau dewan rendah parlimen, untuk penggal kedua pada Khamis.
Pemilihan diadakan ketika ahli parlimen berkumpul buat kali pertama selepas pilihan raya parlimen awal.
Tiga pusingan pengundian dijalankan dan Braun-Pivet memperoleh majoriti relatif dengan 220 undi, lapor Agensi Anadolu (AA).
Beliau menewaskan calon sayap kiri Andre Chassaigne yang menerima 207 undi dan calon kanan tengah Sebastien Chenu yang memperoleh 141 undi.
Sebagai anggota blok pusat yang disokong oleh Macron, Braun-Pivet menghadapi kritikan hebat daripada ahli politik sayap kiri.
Keadaan politik di Perancis kekal tegang dan berpecah, dengan parti-parti, terutamanya pakatan sayap kiri, mempertikaikan jawatan perdana menteri.
Ratusan orang turun ke jalan-jalan di Paris pada Khamis untuk mendesak Macron melantik perdana menteri daripada pakatan sayap kiri.
Penunjuk perasaan berhasrat untuk memberi tekanan kepada Macron agar mencalonkan perdana menteri sayap kiri secepat mungkin.
Macron pada Selasa menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal selepas keputusan pilihan raya awal, selepas pada mulanya menolaknya pada 8 Julai.
Dewan Rakyat mempunyai 577 kerusi dan tiada satu pun daripada tiga pakatan utama yang berjaya memenangi majoriti mutlak 289 ahli parlimen.
Pusingan pertama diadakan pada 30 Jun, dengan 76 calon terpilih tanpa memerlukan pusingan kedua.
Perhimpunan Nasional Marine Le Pen (RN) menerima 29.26 peratus undi (37 kerusi), angka itu meningkat kepada lebih daripada 33 peratus apabila digabungkan dengan sekutunya.
NFP memperoleh 28.06 peratus (32 kerusi), diikuti oleh parti tengah Together for the Republic dengan sedikit lebih 20.04 peratus (dua kerusi).
Macron membubarkan parlimen dan mengumumkan pilihan raya awal selepas RN memenangi lebih daripada 31 peratus undi dalam pilihan raya Parlimen Eropah pada 9 Jun, mengalahkan blok tengahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Tiga pusingan pengundian dijalankan dan Braun-Pivet memperoleh majoriti relatif dengan 220 undi. - Foto REUTERS

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Yael Braun-Pivet dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat Perancis
Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk penggal kedua pada Khamis.