KUALA LUMPUR :Prihatin dengan kesukaran hidup ramai orang akibat COVID-19, Multiracial Reverted Muslims (MRM) melancarkan NadiWilayah yang akan memberi bantuan mula niaga dan sara diri buat penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Presidennya, Firdaus Wong berkata, MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan mensasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.
“Inisiatif NadiWilayah oleh MRM akan memulakan fasa pertama pada 1 Disember 2020. Sejumlah besar RM500,000 jumlah dana bantuan telah diperuntukkan oleh pihak MRM melalui NadiWilayah.
“Peserta yang terpilih untuk menerima bantuan mula niaga juga akan menerima bantuan sara diri berbentuk barang keperluan dapur bernilai RM300 sebulan selama enam bulan.
“Di samping itu peluang menjana jualan RM15,000 hingga RM25,000 sebulan dengan anggaran pendapatan antara RM1,500 ke RM5,000 sebulan juga akan disediakan buat mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambahnya, usaha itu juga seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan yang melancarkan “Wilayah Bebas Berniaga” bermula 15 November lepas.
“MRM melalui NadiWilayah akan memulakan pengambilan dengan menyediakan laman web www.nadiwilayah.my untuk permohonan dalam talian.
“Pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi dalam laman web ini dan seterusnya menunggu keputusan jika permohonan mereka berjaya.
“Permohonan dibuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas tanpa mengira agama & bangsa. Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Disember 2020,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Dec 01 2020

MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan mensasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.- Gambar hiasan/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MRM perkenal binaan papan gelongsor guna sisa bahan kitar semula
Projek itu dilaksanakan Pro-Landscape Structure Sdn Bhd melalui khidmat nasihat MRM, menggunakan kira-kira 60 peratus bahan kitar semula.

Kes Ebit Lew: MRM bantu wanita berkaitan kes seksual - Firdaus Wong
Firdaus Wong dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew.

MRM main peranan bantu industri cipta reka bentuk guna jenama sendiri
Ramai pemain industri mengamalkan pendekatan OEM walaupun kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen galakan transformasi kepada OBM.

Lelaki sanggup lepaskan kereta kesayangan untuk beramal
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam menyerahkan kereta itu yang baru sahaja dibaiki, melibatkan kos sehingga RM15,000.

MRM lancar NadiWilayah, sasar lahirkan 100 usahawan dalam enam bulan
Presidennya, Firdaus Wong berkata, MRM memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dan menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan melalui inisiatif tersebut.

Garis panduan baharu DBKL mampu kurangkan kes berkaitan arak - Firdaus Wong
Tindakan melarang kedai runcit dan kedai serbaneka menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan bukan untuk mengehadkan hak masyarakat bukan Islam.

Agihan royalti penyanyi, pemuzik akan dibayar Disember ini
Agihan royalti kepada penyanyi dan pemuzik yang terkesan berikutan pembubaran Music Rights Malaysia Berhad (MRM) pada 10 Julai lepas, akan dilakukan selewat-lewatnya Disember ini.

MRM tidak sepatutnya kutip royalti hak cipta di kedai kopi
Tujuan utama pemasangan televisyen di kedai terbabit adalah untuk penyiaran perlawanan bola sepak dan bukannya muzik.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.