KUALA SELANGOR: Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) hari ini memperkenalkan permainan papan gelongsor yang dibina menggunakan sisa bahan kitar semula di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam, di sini.
Pengarah MRM Husaini Ismail berkata projek itu yang dilaksanakan oleh syarikat bumiputera iaitu Pro-Landscape Structure Sdn Bhd melalui khidmat nasihat MRM, menggunakan kira-kira 60 peratus bahan kitar semula.
Beliau berkata taman permainan yang direka bentuk berinspirasikan kapal angkasa iaitu 'Land On Mars' itu, mula dibina pada April 2021 dan siap setahun kemudian dengan kos RM100,000 menggunakan geran Program Pembangunan Pengeluaran Produk Nilai Tambah Tinggi dan Kompleks (HVA) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Sepanjang projek tersebut dijalankan, plastik yang digunakan menghasilkan lebihan sisa hingga 40 peratus dan kita gunakan semua lebihan tersebut menjadi butiran (granule) untuk melengkapkan komponen projek, jadi tiada bahan plastik yang dibuang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
MRM merupakan agensi yang ditubuhkan pada 1993 di bawah MITI untuk membentuk inovasi dan masa depan dalam bidang reka bentuk di Malaysia.
Husaini berkata memandangkan sisa plastik menyumbang hingga 15 peratus daripada jumlah pembuangan sisa pepejal di Malaysia, pihaknya bertekad untuk terus memberikan tumpuan dalam penghasilan pelbagai jenis lagi produk berasaskan sisa plastik termasuk pakaian dan aksesori,
Menurutnya inisiatif tersebut dilaksanakan melalui program Waste to Wealth Innovation melibatkan pertandingan reka bentuk fesyen dengan menerapkan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"Selain inisiatif berkenaan, kita juga melaksanakan program komuniti dengan mengadakan bengkel dan seminar untuk beri kesedaran kepada masyarakat tentang isu semasa.
"Kita juga adakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dengan memberikan penerangan di peringkat sekolah tentang kaedah membangunkan reka bentuk lestari," katanya.
Husaini berkata pihaknya turut memberi pengiktirafan kepada produk-produk tempatan yang cemerlang dari segi reka bentuk melalui Anugerah Reka Bentuk Baik Malaysia (MGDA).
"Sekarang kita juga cuba menerapkan elemen ESG dalam program pengiktirafan tersebut dan diharap produk yang dibangunkan dan diiktiraf di Malaysia akan menembusi pasaran Asia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
![MRM perkenal binaan papan gelongsor guna sisa bahan kitar semula MRM perkenal binaan papan gelongsor guna sisa bahan kitar semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677322382_SeeCheeKongMajli.jpg)
Reka bentuk Projek HVA MITI - Pemerkasaan Konsep Rekabentuk Kitaran (Circular Design) Taman Permainan Dengan Konsep Kelestarian "Land On Mars" sempena Program Hijau Lestari di Forest Park Bandar Hillpark Puncak Alam. - Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717124669_bengkelpembuatansa.jpg)
Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai
Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun menyertai bengkel pembuatan sabun itu.
![Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681973036_TBapple.jpg)
Pelepasan karbon dikurangkan sebanyak 45 peratus sejak 2015 - Apple
Apple menjelaskan bahawa pihaknya sedang membuat kemajuan ke arah menjadikan setiap produk neutral karbon menjelang 2030 dan ia telah mencapai matlamat ini menerusi operasi korporat globalnya.
![MRM perkenal binaan papan gelongsor guna sisa bahan kitar semula MRM perkenal binaan papan gelongsor guna sisa bahan kitar semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677322382_SeeCheeKongMajli.jpg)
MRM perkenal binaan papan gelongsor guna sisa bahan kitar semula
Projek itu dilaksanakan Pro-Landscape Structure Sdn Bhd melalui khidmat nasihat MRM, menggunakan kira-kira 60 peratus bahan kitar semula.
![Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656896965_kapalangkasa.jpg)
Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.
![Olimpik Tokyo dari lensa komunikasi kelestarian Olimpik Tokyo dari lensa komunikasi kelestarian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626767358_olimpik.jpg)
Olimpik Tokyo dari lensa komunikasi kelestarian
Olimpik sememangnya antara acara sukan dunia yang dinantikan oleh para peminat sukan seantero dunia.
![Sekolah dari bahan kitar semula? Ini fakta menarik tentang sekolah yang wujud di dunia ini Sekolah dari bahan kitar semula? Ini fakta menarik tentang sekolah yang wujud di dunia ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589201431_Sekolahphilippines.jpg)
Sekolah dari bahan kitar semula? Ini fakta menarik tentang sekolah yang wujud di dunia ini
Ada yang sekolah yang terpaksa ditempatkan di kawasan pergunungan yang paling tinggi dan lebih tinggi daripada gunung Everest.