TAPAH: Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun, menyertai bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) warga emas, yang dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak (PASAK).
Bengkel yang turut mendapat kerjasama Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu diadakan di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah di sini, selama lima hari bermula Rabu lepas.
Pengarah Projek Adibatul Husna Fadzil berkata objektif bengkel berkenaan, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam pembuatan sabun daripada sumber bahan terpakai secara saintifik dan selamat.
Beliau yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan berkata kebiasaannya golongan berkenaan, tidak mempunyai apa-apa aktiviti selepas bersara dan dengan menyertai bengkel sedemikian mereka dapat menambah ilmu pengetahuan selain mampu menjana pendapatan dengan menjual sabun yang dihasilkan nanti.
"Program sebegini merupakan kali pertama dijalankan dengan PASAK memberi geran berjumlah RM12,000 kepada Fakulti Sains Gunaan untuk melaksanakannya dan setiap peserta mendapat elaun RM200.
"Peserta diajar beberapa jenis sabun pencuci pinggan jenis cecair dan sabun pencuci pakaian, yang dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti minyak terpakai, susu tepung yang telah tamat tempoh, serbuk kopi, serbuk oat atau apa apa sahaja bahan yang ada di rumah," katanya kepada pemberita di sini.
Adibatul berkata antara modul yang didedahkan sepanjang bengkel berkenaan ialah etika keselamatan ketika pembuatan sabun, kaedah pembuatan sabun pencuci pinggan dan pakaian serta kaedah pembuatan sabun daripada susu tepung, minyak terpakai atau bahan organik.
Beliau berkata peserta turut didedahkan dengan modul berkaitan strategi pemasaran produk dan pengiraan bahan kos dan keuntungan, sekiranya mereka mahu menjalankan perniagaan menjual sabun yang dihasilkan selepas tamat menyertai bengkel berkenaan.
"PASAK akan memantau peserta sama ada mereka akan menjual sabun yang dihasilkan sendiri atau membuat sesuatu dengan ilmu yang mereka peroleh hasil daripada menyertai bengkel ini," katanya.
Seorang pesara Rafidah Mohd Idris, 66, dari Ayer Kuning di sini berkata beliau telah menghasilkan sabun daripada bahan terpakai sejak dua tahun lepas, namun berminat untuk menyertai bengkel tersebut bertujuan untuk menambah ilmu berkaitan penghasilan pelbagai jenis sabun.
"Saya hasilkan sabun basuh pinggan sebelum ini, tetapi bila menyertai bengkel ini macam-macam ilmu yang saya dapat sebagai contoh sabun mandian dan sabun cucian bahan-bahannya tak sama, tetapi asas pembuatannya memang sama jadi di sini saya dapat ilmu baru.
"Insya-Allah sekiranya ada rezeki saya akan menjual sabun yang saya hasilkan sendiri secara kecil-kecilan. Apabila sudah pencen ini perlu mencari aktiviti supaya otak dan badan sentiasa kekal cergas dan sihat," katanya yang merupakan pesara kerajaan.
Bagi pesara guru Mohd Daud Arsad, 66, dari Jalan Damai di sini berkata bengkel pembuatan sabun itu, amat bersesuaian dengan golongan warga emas yang sudah bersara sepertinya.
"Modul yang diajar dilakukan secara terperinci untuk menghasilkan sabun dari bahan terpakai yang ada di rumah sahaja sebenarnya. Besar kemungkinan saya akan menjalankan aktiviti perniagaan selepas mahir menghasilkan sabun nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024
![Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717124669_bengkelpembuatansa.jpg)
Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun menyertai bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai. - Foto BERNAMA
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717124669_bengkelpembuatansa.jpg)
Warga emas sertai bengkel hasilkan sabun dari bahan terpakai
Seramai 10 peserta terdiri daripada warga emas berusia lingkungan antara 60 hingga 71 tahun menyertai bengkel pembuatan sabun itu.
![Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618147176_WangsaMaju.jpg)
Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.
![Ibu suntik cecair peluntur, sabun ke tubuh bayi 18 bulan Ibu suntik cecair peluntur, sabun ke tubuh bayi 18 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41550813295_EylulMiray.jpg)
Ibu suntik cecair peluntur, sabun ke tubuh bayi 18 bulan
Seorang wanita warganegara Turki tergamak menyuntik bayinya yang berusia 18 bulan dengan cecair peluntur dengan alasan dia 'tidak sayang anaknya'.