KUALA LUMPUR:Agihan royalti kepada penyanyi dan pemuzik yang terkesan berikutan pembubaran Music Rights Malaysia Berhad (MRM) pada 10 Julai lepas, akan dilakukan selewat-lewatnya Disember ini.
Perkara itu dipersetujui Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM), dan PRISM Performers Verification and Claims Committee (PPVCC) hasil satu mesyuarat yang diadakan pada 5 Okt lepas.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua kementerian itu amat prihatin dengan isu berkenaan dan berharap proses agihan royalti itu dapat diselesaikan segera.
"KPDNHEP dan KKMM komited dalam membangunkan industri kreatif dan memberi keutamaan dalam kemudahan menjalankan perniagaan dan akan berusaha bersama-sama menangani isu ini berdasarkan undang-undang sedia ada," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan beberapa rundingan juga sedang berjalan dan berharap pihak terlibat dengan perkara itu agar dapat mematuhi tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tiada kelewatan timbul dalam isu berkenaan.
"Bagi mendapat penyelesaian terbaik, ahli PRISM harus memberi sokongan dan kerjasama kepada MDI selaku pemegang amanah, untuk mengesahkan nama ahli PRISM yang benar-benar layak menerima tunggakan royalti," menurut kenyataan itu.
Isu berkenaan juga boleh dikemukakan oleh pihak yang terlibat kepada Tribunal Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sekiranya tiada persetujuan dicapai.
Tribunal Hak Cipta boleh menentukan isu yang dikemukakan pihak berkaitan, termasuk aduan oleh pencipta karya, pengendali, individu atau organisasi, rayuan oleh badan yang berlesen dan permohonan daripada mana-mana individu.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, Tribunal Hak Cipta boleh dihubungi melalui: e-mel : copyrightribunal@myipo.gov.my No. Tel : 03-2299 8921/03-2299 8411 (Setiausaha, Tribunal Hak Cipta) Laman web : www.myipo.gov.my/en/copyright-tribunal/
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Agihan royalti kepada penyanyi dan pemuzik yang terkesan berikutan pembubaran MRM, akan dilakukan selewat-lewatnya Disember ini. - Gambar hiasan

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Agihan royalti penyanyi, pemuzik akan dibayar Disember ini
Agihan royalti kepada penyanyi dan pemuzik yang terkesan berikutan pembubaran Music Rights Malaysia Berhad (MRM) pada 10 Julai lepas, akan dilakukan selewat-lewatnya Disember ini.