PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) akan membawa isu membabitkan pengagihan royalti pada artis yang masih belum menemui jalan penyelesaian dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan diadakan hari ini.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
"Pengagihan royalti ini membabitkan pemuzik dan artis rakaman di mana sebelum ini sebanyak RM100 juta dikutip pada setiap tahun tetapi adanya penubuhan Music Rights Malaysia Bhd (MRM), ia turun mendadak dan perkara ini akan dibincangkan nanti," katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, MRM mempunyai jumlah royalti yang mencukupi yang dikutip untuk diagihkan kepada artis.
"Kita akan tentukan apa tindakan yang akan dilakukan agar royalti ini sepatutnya dapat diagihkan selain mendengar masalah dan cadangan daripada ahli yang hadir," katanya.
Ujarnya, kutipan royalti ini sepatutnya diagihkan kepada Badan Pelindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) sebanyak 50 peratus, Public Perfomance Malaysia Sdn Bhd (PPM)(25 peratus) manakala baki 25 peratus kepada dua badan iaitu PRISM dan Recording Performers Malaysia Berhad (RPM).
"Ramai ahli dijangka hadir pada AGM kali ini untuk membincangkan isu royalti dan pelbagai isu membabitkan hala tuju industri," katanya.
Freddie menyatakan beberapa isu berhubung industri hiburan dan kerajan baru turut dibincangkan nanti bersama ahli.
"Kami juga menjemput ahli PRISM dan RPM untuk hadir sama. AGM kali ini juga memberi fokus terhadap apa kehendak ahli yang belum diselesaikan," katanya.
AGM ke-19 ini akan diadakan di Hotel Adamson, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.
Gempak
Fri Jun 29 2018

Menurut Freddie (tiga dari kiri), MRM mempunyai jumlah royalti yang mencukupi yang dikutip untuk diagihkan kepada artis. Foto Facebook @karyawanmalaysia

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.