Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Pengendali bursa itu melaksanakan AGM ke-43 secara dalam talian semalam sebagai langkah melindungi kesihatan dan keselamatan pemegang saham berikutan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ekoran pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
Para pemegang saham menyertai dan mengundi dari jarak jauh menerusi kemudahan Penyertaan dan Pengundian Jarak Jauh (RPV).
Mesyuarat secara maya itu disiarkan dari Bilik Persidangan Bangunan Bursa Malaysia yang terletak di Bukit Kewangan.
Langkah berkenaan adalah sejajar dengan saranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) supaya syarikat-syarikat mengendalikan mesyuarat secara maya sepenuhnya semasa tempoh PKP.
Pada 18 April, pengawal selia itu telah mengeluarkan Nota Panduan mengenai Pengendalian Mesyuarat Agung untuk Penerbit Tersenarai, yang antara lain menyatakan mesyuarat itu seharusnya melibatkan tidak lebih daripada lapan individu yang perlu hadir secara fizikal di tempat penyiaran.
Ini merangkumi pengerusi mesyuarat agung, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan, setiausaha syarikat, juruaudit dan mereka yang menyediakan sokongan audio-visual.
"Nota panduan ini adalah perlu bagi memastikan syarikat dapat memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang dan kepada pemegang saham dalam tempoh PKP ini.
"Kami juga menggalakkan syarikat untuk memanfaatkan teknologi, walaupun di luar tempoh PKP, dalam mengadakan mesyuarat yang membolehkan penyertaan pemegang saham sepenuhnya, walaupun dari lokasi jauh," kata Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.
Sebelum ini Bursa Malaysia turut melakar sejarah sebagai syarikat pertama di negara ini yang menganjurkan AGM ke-42 secara hibrid, yang memberi pilihan kepada pemegang saham untuk menyertai AGM secara fizikal atau menerusi jarak jauh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020

Mesyuarat secara maya itu disiarkan dari Bilik Persidangan Bangunan Bursa Malaysia yang terletak di Bukit Kewangan. Gambar fail.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.