TENOM: Pendakwah bebas, Firdaus Wong, dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga bagi perbicaraaan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Wai Hung, 39, memberi keterangan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Menurut Firdaus, fungsi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang diasaskannya adalah bagi memberi pertolongan daripada segi kaunseling, psikiatri, guaman dan kewangan kepada golongan kanak-kanak dan remaja perempuan serta wanita yang terlibat dalam kes-kes berkaitan seksual.
“Antara kes yang dibantu MRM termasuklah kes seorang pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan) yang dikaitkan dengan perbicaraan ini.
“Pengadu memberitahu kepada sahabat saya, Akhi Fairuz bahawa dirinya menerima mesej-mesej serta gambar berunsur lucah daripada Ebit Lew,” katanya.
Firdaus berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang bertanya mengenai kes berkaitan seksual wanita yang pernah ditangani oleh Sayap Wanita MRM.
Kes turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.
Sementara itu, saksi pendakwaan kedua, Asisten Superintendan, Salwani Mohd Hadzir,40, memaklumkan mahkamah dia hanya mendapat arahan bagi merampas telefon bimbit milik Mohd Fairuz Abu berkaitan tiga laporan polis yang sedang disiasat.
"Rampasan telefon bimbit milik saksi dibuat susulan tiga laporan polis yang sedang disiasat oleh pegawai penyiasat Bahagian Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.
"Tidak pasti sama ada saksi pendakwaan pertama turut disiasat bagi ketiga-tiga laporan polis tersebut namun sedia maklum rampasan itu dibuat berkaitan dengan Ebit Lew," katanya.
Perbicaraan bersambung esok.
Alexion Mairin
Thu Sep 29 2022

Firdaus Wong dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga bagi perbicaraaan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, hari ini.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kes Ebit Lew: Suara lantang pengadu bertukar tangisan
Pengadu diminta untuk membaca satu persatu daripada 436 gambar laporan forensik dalam cakera padat.

'Pengadu tertekan Ebit Lew buat panggilan video tunjuk kemaluan'
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tertekan dengan perbuatan pendakwah terkenal itu yang didakwa membuat panggilan video dan menunjukkan kemaluan.

Kes Ebit Lew: Tarikh ubah suai gambar sama dengan hari laporan polis dibuat - Saksi
Menurut saksi, laporan analisis menunjukkan gambar tangkap layar itu wujud dalam telefon bimbit pengadu pada tarikh ubah suai tersebut.

Kes Ebit Lew: Maklumat kesalahan jenayah disyaki dalam telefon bimbit
Seorang saksi perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret hari ini bahawa disyaki terdapat maklumat berkaitan sesuatu kesalahan jenayah dalam telefo

Kes Ebit Lew: Kumpulan WhatsApp NOBODY tidak lagi aktif - Firdaus
NOBODY tidak lagi aktif selepas semua aduan mangsa dikendalikan oleh polis.

'Saya tertekan, sukar tidur malam' - Firdaus Wong
Mesej dan gambar kemaluan lelaki yang diterima sering berlegar di minda.

Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi
Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi 'minta husband you ceraikan you, I bayar you.'

"Mahkamah tempat terbaik mencari kebenaran" - Ebit Lew
Ebit bersyukur kerana perbicaraan sudah bermula dan itu merupakan saat yang dinantikannya sejak setahun lalu.

Kes Ebit Lew: Firdaus Wong terima gambar, mesej lucah melalui WhatsApp
Gambar kemaluan lelaki dan mesej lucah itu dikongsi oleh saksi pendakwaan pertama, Akhi Fairuz yang menerimanya daripada pengadu wanita.

Kes Ebit Lew: Pegawai polis rampas telefon bimbit tidak periksa kandungan
Namun, pegawai polis itu memaklumkan beliau tidak tahu mengetahui ia berkaitan dengan kesalahan gangguan seksual.