BANGKOK: Model ekonomi Bio-Circular-Green (BCG) akan berfungsi sebagai hala tuju untuk mencapai sasaran kemampanan dan matlamat hijau di rantau Asia Pasifik bagi merealisasikan Wawasan Putrajaya 2040.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, dari perspektif pertumbuhan mampan, model ekonomi BCG melakarkan laluan ke arah kesejahteraan ekonomi yang disokong oleh elemen hijau dalam merealisasikan Wawasan Putrajaya serta menyatukan peranan APEC sebagai penyokong teguh kemampanan dan keterangkuman.
"Hari ini, langkah-langkah ekonomi dan dasar alam sekitar bergerak secara bersama. Elemen ini tidak lagi saling eksklusif.
"Dalam hal ini, saya ingin menegaskan semula bahawa, dalam konteks domestik kita, pertumbuhan mampan dan mengurangkan perubahan iklim menjadi keutamaan yang tinggi dalam agenda nasional kita (Malaysia).
"Mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030 adalah salah satu keutamaan penting di bawah Rancangan Malaysia Ke-12," katanya pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-29 di Bangkok semalam.
Beliau turut berkongsi inisiatif Malaysia melalui pelancaran Dasar Tenaga Negara, yang menggariskan tindakan ke arah peralihan tenaga serta mekanisme untuk memanfaatkan teknologi baru muncul dan menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap.
Sementara itu, Mohd Zuki berkata model ekonomi BCG boleh menjadi kunci untuk memudahkan aliran pelaburan berkualiti ke dalam sektor teknologi tinggi dan industri inovatif.
Sebagai permulaan, beliau berkata, model BCG berkemungkinan akan menggalakkan pelabur untuk memasukkan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam operasi, mempromosikan kelakuan perniagaan yang beretika dan menarik pelaburan yang lebih mampan ke rantau Asia-Pasifik.
"Dengan memacu agenda ESG dan meningkatkan kerja berterusan dalam Perniagaan serta Pelaburan Inklusif dan Bertanggungjawab (IRBI), APEC berada di landasan untuk mewujudkan titik rujukan serantau untuk kedua-dua sektor awam dan swasta yang memulakan inisiatif pembangunan mampan," katanya.
Mohd Zuki berkata memandangkan Malaysia baru-baru ini mengemas kini dasar pelaburannya, dengan tumpuan khusus pada ESG, Malaysia berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan belajar daripada, sesama ekonomi APEC.
"Bertukar-tukar pandangan sebegini boleh memudahkan penyusunan pengetahuan umum dan pengalaman bersama daripada kita semua, yang kemudiannya boleh disaring kepada amalan terbaik untuk rantau ini," tambahnya.
Mohd Zuki merupakan Wakil Khas Perdana Menteri yang mengetuai delegasi negara ke AELM ke-29.
Sidang kemuncak yang bertemakan "Open. Connect. Balance," adalah sidang kemuncak pertama kumpulan itu dalam tempoh empat tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022

Mohd Zuki merupakan Wakil Khas Perdana Menteri yang mengetuai delegasi negara ke AELM ke-29 di Bangkok. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi - Pengerusi
Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.

Mohd Zuki dilantik pengerusi KWSP baharu
Mohd Zuki menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan Pengerusi KWSP sejak 1 Mei 2020.

Agong berkenan terima menghadap KSN baharu
Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Persaraan ini hadiah istimewa sempena hari lahir saya - Mohd Zuki
Mohd Zuki sifatkan persaraannya sebagai Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam esok sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya.

Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan itu telah mendapat perkenanan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Jawatankuasa Khas Tertinggi setuju kaji keberkesanan PPAM - Mohd Zuki
Jawatankuasa Khas Tertinggi Perumahan Penjawat Awam bersetuju agar satu kajian dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan skim itu.

PM Anwar akui hilang tonggak penting perkhidmatan awam dengan persaraan Mohd Zuki
Mohd Zuki yang akan bersara bermula Sabtu ini secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.

Masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam, aktiviti sihat perlu dirancakkan - Mohd Zuki
Mohd Zuki berkata aktiviti itu perlu kerana masalah obesiti dalam kalangan rakyat melebihi 50 peratus dan kebanyakan melibatkan penjawat awam di Putrajaya.

Kerajaan umum RM6 juta peruntukan tambahan untuk bangunkan koperasi
Dana itu akan disalurkan melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) yang akan melibatkan pelbagai inisiatif.

Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.